Ederson Idam Jaring Gol, Mahu Ikut Serta Misi Pecah Rekod Man City

Menuju empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), penjaga gol Manchester City, Ederson nampaknya memiliki satu lagi hajat yang belum tertunai iaitu menjaringkan gol.

Itu mungkin salah satu rekod yang ingin dicatatkannya dengan Man City juga dalam laluan untuk merekodkan kemenangan terbanyak, gol terbanyak serta mata tertinggi untuk musim ini.

Ketika ini, di bawah bimbingan Pep Guardiola, selain telah sah bergelar juara liga, Man City telah merekodkan 29 kemenangan, menjaringkan 98 gol dan meraih 90 mata.

ederson
Man City menang 5-0 ke atas Swansea baru-baru ini. Foto: AFP.

Semua rekod tersebut sehingga kini dipegang oleh Chelsea dengan rekod 30 kemenangan (musim 2016/17), 103 jaringan (2009/10) dan 95 mata (2004/05).

Selain itu, dalam perlawanan menentang Swansea baru-baru ini, Man City juga telah merekodkan pasukan pertama di EPL yang membuat lebih dari 1000 hantaran iaitu 1015 hantaran.

Para penyokong tampak mahukan Ederson untuk mengambil penalti pada minit ke-64 ketika menentang Swansea, namun Gabriel Jesus telah tampil dan gagal menyempurnakannya.

ederson
Gabriel Jesus gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Swansea. Foto: Getty Images.

“Saya terdengar para penyokong bersorak nama saya untuk mengambil sepakan penalti tersebut, tetapi Gabriel telah berada di sana,” ujar Ederson kepada ESPN.

Dan menurut penjaga gawang berusia 24 tahun itu, dia sentiasa bersedia jika pengurusnya, Pep Guardiola memberikan kebenaran dan sangat yakin dia mampu menyudahkannya.

“City sudah memiliki senarai pengambil sepakan penalti dan kami memiliki pilihan yang baik, tetapi jika Pep meminta saya untuk mengambilnya, saya bersedia,” tambahnya lagi.

ederson
Ederson melalui musim cemerlang bersama Man City. Foto: Getty Images.

“Harapnya ia akan terjadi (sebelum musim ini berakhir). Saya ingin menjaringkan gol,” tekadnya yang baharu memiliki satu kaps antarabangsa bersama Brazil.

Kali terakhir penjaga gol menjaringkan gol di EPL adalah empat tahun lalu dilakukan oleh Asmir Begovic yang juga merupakan penjaga gol kelima yang telah menjaringkan gol.

Selain Begovic, Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson dan Tim Howard adalah antara penjaga gol yang pernah merekodkan jaringan dalam saingan EPL.

Asmir Begovic juga disenaraikan dalam Guinness Book of Records atas rekod gol paling jauh dalam perlawanan kompetitif. Foto: nicollebegovic.com

“Jika menamatkan musim ini sebagai juara, disamping itu memecahkan beberapa rekod, kami akan membuat sejarah buat kelab dan juga sebagai pemain,” ujar Ederson.

“Saya berharap kami akan berjaya memecahkan semua rekod itu. Kami mampu lakukannya. Saya fikir jika kami mengekalkan tahap ketika ini sepanjang musim, kami akan berjaya,” jelasnya lagi.

Man City juga boleh merekodkan margin kemenangan terbesar yang setakat ini direkodkan pada 18 mata. Kini mereka berada pada tahap 16 mata.

Selain itu, Man City turut telah merekodkan 18 kemenangan berturut-turut dari bulan Ogos hingga Disember, bermula dengan Bournemouth dan berakhir dengan Newcastle United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN