Ederson: “Alisson Sahabat Baik Saya, Beliau Selangkah Di Hadapan”

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes mengakui dia tiada masalah dengan kedudukan beliau sekarang sebagai penjaga gol no.2 dalam skuad Brazil.

Ini kerana menurut beliau Alisson Becker sudah berada 1 langkah di hadapan beliau. Alisson yang baru berusia 26 tahun sudah bermain sebanyak 32 kaps. Manakala Ederson hanya sekali sahaja.

Ederson akan bermain dalam perlawanan persahabatan antara Brazil dan Arab Saudi. Alisson akan bermain pada perlawanan menentang Argentina. Ederson, 25, menyifatkan Alisson sebagai rakan baiknya.

“Rasanya ada banya persamaan di antara kami berdua (merujuk kepada cara bermain).”

“Beliau memulakan musim dengan sangat positif di Liverpool. Di sini (pasukan Brazil) beliau 1 langkah di hadapan saya, beliau bermain di Piala Dunia.”

“Brazil ada penjaga gol-penjaga gol yang baik dan bersedia untuk bermain pada bila-bila masa.”

“Mewakili Selecao merupakan harapan yang tinggi. Mampu bermain untuk pasukan Brazil adalah lebih hebat.”

“Saya meluangkan masa untuk makan tengah hari dengan Alisson ketika beliau tiba di Liverpool. Kami sangat rapat. Dia adalah sahabat saya.”

“Tite memanggil saya untuk bercakap dengan Alisson dan coach Claudi Taffarel. Dan saya diberitahu akan bermain dalam perlawanan pertama dan Alisson perlawanan kedua.”

“Saya gembira dengan peluang yang diberikan untuk bermain untuk Brazil. Jurulatih menyatakan beliau mahu menggilirkan sebanyak mungkin pemain. Ini untuk memberikan peluang kepada lebih ramai pemain yang mungkin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN