Eder Ibarat Kisah Si Itik Hodoh Menjadi Angsa Yang Cantik

Eder telah melengkapkan antara kisah paling epik dalam Piala Eropah.

Mana tidaknya, apabila pasukan under dog menjuarai Piala Eropah dan penjaring kemenangannya adalah pemain yang dianggap ‘tidak wujud’ oleh ramai pihak termasuk ramai penyokong Portugal.

Beliau adalah pemain yang tidak pernah memenangi hati peminat bukan sahaja di Swansea, malah ramai penyokong Portugal ‘pelik’ dengan pemilihan beliau.

Eder melalui musim liga dengan teruk pada musim lalu. Namun beliau menjadi penjaring gol untuk pasukan under dog dalam perlawanan akhir.

Fernando Santos menggelarkan beliau bertukar seperti kisah dongeng The Ugly Duckling to The Beautiful Swan. Memang pun dia Swan yang tidak disukai penyokong Swansea sebelum ke Paris.

“Eder datang kepada saya dan berkata, dia mampu menjaringkan gol. Itik hodoh itu benar benar menjaringkan gol, kini dia adalah seekor angsa yang cantik”- Fernando Santos.

Satu kenyataan yang sungguh ironi di mana Eder daripada pemain yang dipandang rendah dan dikeji segelintir peminat kini menjadi hero yang memahatkan nama Portugal di antara pasukan elit yang menjuarai Piala Eropah.

Santos pernah mendengar Eder diejek penyokong Portugal sendiri di stadium.Ia berlaku ketika beliau dipilih Santos dan bermain untuk skuad Portugal pada Mac lalu.

Wartawan ESPN yang mengikuti perkembangan bolasepak Portugal, Mariana Cabral berkata:

“Dia kerap menjadi bahan ejekan di kalangan peminat Portugal kerana dianggap ‘menggelabah’ di depan gol.”

Tambah beliau lagi, Portugal pernah memiliki penyerang sensasi seperti Nuno Gomes, Pauleta dan Domingos.

Bila sampai ke nama Eder kali ini, semua peminat tergelak dan menggelengkan kepala sebab tahu ia adalah pilihan yang ‘teruk’ kerana Eder tak ada ciri ciri penyerang untuk pasukan kebangsaan dan dia tak akan menjaringkan gol!

Seorang analyst taktikal, Luis Catarino berkata, Eder adalah pemain yang palingb dipandang rendah oleh peminat Portugal sendiri.

Peminat mereka mengharapkan nama nama seperti Hugo Vieira dan Bruno Moreira sepatutnya dipanggil daripada Eder.

Namun Santos menyatakan beliau tidak dapat menilai pemain tersebut lebih rapi selepas beliau berhijrah ke Asia Tenggara menyertai Buriram.

Eder pernah memulakan 11 perlawanan bersama Swansea tanpa sebarang shots on target dilakukan beliau.

Namun dalam Piala Eropah kali ini, satu satunya shot on target daripada kaki beliau membolehkan Portugal menjuarai Piala Eropah.

Perkara yang tidak mampu dilakukan mana mana pemain sensasi Portugal sebelum ini.

Dari Lorong Kecil Ke Paris

Eder adalah salah seorang daripada lima anggota skuad Portugal yang lahir di luar Eropah bersama-sama dengan Danilo (Guinea Bissau), Pepe (Brazil), Nani (Cape Verde) dan William Carvalho (Angola).

Nama penuh beliau Ederzito Antonio Macedo Lopes. Keluarganya berhijrah daripada Guinea Bissau sejak Eder berusia 2 tahun lagi kerana kesempitan hidup di sana.

Ibu bapanya mahukan kehidupan lebih baik untuk mereka. Beliau hidup dalam kehidupan yang penuh dengan keagamaan.

Eder sentiasa menghormati orang lain dan sangat menjaga kelakuan dan percakapan beliau.

Ketika kecil, beliau banyak menghabiskan masa bermain bolasepak di lorong lorong dan padang sekitar pekan mereka.

Beliau sentiasa mahu menjadi seperti Ronaldo Brazil. Eder pernah ditemuramah sebuah majalah Lar O Girasol, Eder menyatakan kisah dan kehebatan Ronaldo (Brazil) sangat banyak mempengaruhi beliau dalam bolasepak.

Bakat beliau dikesan oleh Academica De Coimbra dan dipinjamkan ke kelab feeder Academica iaitu Tourizense pasukan divisyen ketiga.

Beliau kemudian berjaya mendaftarkan nama beliau ke kelab utama Academica Coimbra.

Beliau bermain empat musim di sana sebelum menghabiskan tiga musim berikutnya bersama Braga dan bermain di peringkat lebih tinggi.

Eder membuat debut antarabangsa menentang Azerbaijan pada 2014 tetapi selepas itu beliau telah dipinggirkan.

Eder dibawa pada minit ke-79 pada final Ahad selepas Santos memutuskan beliau memerlukan lebih aspek fizikal di bahagian serangan.

Penutup Indah

Eder menggantikan Renato Sanches. Satu pertukaran yang pada ketika itu tidak digemari ramai peminat.

“Saya tahu Eder adalah pemain boleh hold bola di bahagian serangan dan memberikan masalah kepada Perancis ketika di udara,” kata Santos.

Eder menjaringkan gol pada minit ke 109 perlawanan dan meraikannya bersama sama dengan kem Portugal.

Jose Fonte menyatakan ia satu kisah penamat ala Hollywood. Eder datang ke Paris dengan tekanan mental yang tersendiri selepas terbaca dan mendengar banyak komen negatif tentang pemilihan beliau.

Beliau cuma menjaringkan 3 gol untuk Selecao De Quinas sebelum ini dan semuanya dalam perlawanan pershabatan.

Minggu ini beliau perlu menyelesaikan urusan perjanjian pinjaman ke Lille daripada Swansea selepas meraikan kejayaan Eropah.

Satu kisah seorang pemain yang sentiasa komited walaupun dia tahu kemampuan dia mungkin tidak setanding penyerang lain.

Beliau fokus kepada tugasan yang diberikan dan terus berusaha. Tahniah Eder! Anda telah memberikan banyak pengajaran kepada dunia.

Beliau sudah menjadi hero kepada negaranya seperti mana yang pernah dilakukan idolanya Ronaldo.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v France (FT 0-0, AET 1-0) – Perancis ‘Lepaskan’ Piala Eropah 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN