Eden Hazard Tegaskan Chelsea Tidak Perlu Dapatkan Penyerang Baru

Eden Hazard

Pemain antarabangsa Belgium, Eden Hazard menegaskan bahawa Chelsea tidak perlu untuk mendapatkan penyerang baru ketika ini selepas berita mengenai kehadiran Edin Dzeko semakin jelas kedengaran.

Sebelum ini Chelsea juga turut mengintai peluang untuk membawa masuk beberapa penyerang seperti Andy Carroll, Peter Crouch, Islam Slimani dan yang terbaru Ashley Barnes ke Stamford Bridge.

Beliau yang masih meletakkan kepercayaan kepada Alvaro Morata dan Michy Batshuayi jelas tidak bersependapat dengan pendirian pasukan ketika ini dengan menyifatkan pemain yang berfizikal tinggi tidak sesuai dengan corak permainan yang diterapkan Chelsea.

”Saya merasakan kami gembira dengan skuad yang dimiliki Chelsea. Ianya bergantung kepada bagaimana cara untuk anda bermain,” jelas Eden Hazard kepada Evening Standard.

”Kami mempunya dua penyerang yang bagus iaitu Alvaro (Morata) dan Michy (Batshuayi). Jika mereka tidak bersedia untuk beraksi, saya boleh beraksi sebagai penyerang, jadi saya tidak rasa kami memerlukan seorang lagi penyerang.”

”Bola sepak adalah mudah, kekalkan bola di atas padang dan cuba untuk beraksi seperti yang dipersembahkan ketika menentang Brighton.”

 

BRIGHTON, ENGLAND – JANUARY 20: Shane Duffy of Brighton and Hove Albion tackles Eden Hazard of Chelsea leading to a yellow card during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and Chelsea at Amex Stadium on January 20, 2018 in Brighton, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Kerana kami terlepas peluang untuk menjaringkan gol, orang mengatakan kami memerlukan penyerang yang baru. Jika kami menjaringkan gol, kami adalah jentera serangan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris, tiada siapa yang mengatakan kami memerlukan penyerang baru.”

Chelsea kini semakin hampir untuk mendapatkan khidmat dua pemain dari AS Roma, Edin Dzeko dan Emerson Palmieri. Palmieri beraksi di posisi pertahanan kiri.

”Pasukan mana yang terbaik musim ini? Manchester City. Penyerang mereka, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero, mereka tidak mempunyai tubuh yang besar,” kata penjaring dua gol Chelsea ketika bertemu Brighton itu.

Kehadiran Edin Dzeko, seorang penyerang yang mempunyai susuk tubuh yang agak besar disifatkan oleh Hazard akan memberikan impak kepada corak permainan pasukan.

”Ianya mudah. Jika anda mahu bermain hantaran jauh, anda memerlukan ‘target man’, jika mahu mengekalkan bola di atas padang, anda memerlukan pemain yang kecil.”

Chelsea kini terdesak untuk mendapatkan penyerang baru setelah pembelian termahal kelab, Alvaro Morata menunjukkan penurunan prestasi semasa ketika ini selepas bermula dengan cukup baik. Michy Batshuayi pula dilaporkan akan dipinjamkan ke pasukan lain.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN