Eden Hazard Mahu Julang Real Madrid Raih Kejayaan Setiap Musim

Hazard

Bintang Belgium, Eden Hazard mengakui bahawa beliau amat menyedari kepentingan buat Real Madrid untuk memenangi piala pada setiap musim.

Hazard yang berhijrah ke skuad berbelanja besar itu dari Chelsea bakal menjadi sandaran utama buat Real Madrid bagi mengecapi kejayaan pada musim 2019/20.

Musim 2018/19 menyaksikan Los Blancos hanya mampu memenangi Piala Dunia Kelab FIFA manakala tersingkir di peringkat suku akhir ditangan Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kempen domestik pula menyaksikan Real Madrid menamatkan saingan La Liga ditangga ketiga dan tumpas di peringkat separuh akhir kejohanan Copa del Rey.

Sehubungan dengan itu memaksa pengurusan tertinggi pasukan yang diketuai Florentino Perez mengeluarkan dana yang cukup besar buat Zinedine Zidane bagi memantapkan pasukan.

Kehadiran Hazard bersama-sama Eder Militao, Rodrygo, Luka Jovic dan Ferland Mendy dilihat mampu untuk meningkatkan kekuatan skuad gergasi Sepanyol itu.

Bagi Hazard, beliau sedar bebanan yang bakal digalas terhadapnya apabila menyarung jersi putih tersebut.

”Apabila anda beraksi untuk Real Madrid, anda perlu memenangi sesuatu pada setiap musim. Anda perlu menang, menang, menang.”

”Sekiranya anda tidak memenangi Liga Juara-Juara Eropah, penyokong akan kecewa dan itu sudah dijangkakan. Di kelab ini, anda sentiasa mahu meraih kemenangan dan itulah sebabnya kami berada disini.”

”Saya mahu beraksi, menjaringkan gol dan pada penghujung musim, menjulang trofi.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN