Ed Woodward Terima Gaji Termahal Di EPL

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward masih lagi menjadi individu dengan jawatan pengarah yang menerima gaji termahal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Times mendedahkan warga Amerika Syarikat itu dibayar sebanyak £3.1 pada musim lalu.

Jumlah bayaran yang beliau terima itu telah susut sebanyak £1 juta sebelum tahun sebelumnya, namun masih di hadapan Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy yang menerima bayaran berjumlah £3 juta untuk tempoh yang sama.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 09: Manchester United chief executive Ed Woodward speaks to Manchester United co-chairman Avram Glazer ahead of the Premier League match between Fulham FC and Manchester United at Craven Cottage on February 9, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Craig Mercer/MB Media/Getty Images)

Secara keseluruhan, Companies House – syarikat akaun – dalam laporan sama mendedahkan United membayar £6.8 juta secara keseluruhan untuk jawatan pengarah, termasuk bayaran yang diterima oleh Sir Alex Ferguson dan Sir Bobby Charlton.

Jumlah tersebut adalah apa yang direkodkan sehingga 30 Jun 2019 yang lalu.

Pada musim lalu, Manchester United mengakhiri saingan liga di kedudukan ke-6, dan gagal menjuarai sebarang trofi.

Woodward telah bersama United sejak 2005, dan merupakan individu yang bertanggungjawab membantu keluarga Glazer memiliki kelab tersebut.

Walaupun United tampak gagal dengan prestasi di atas padang, kejayaan komersil kelab tersebut masih lagi tiada tolok bandingnya dengan kelab-kelab utama dunia yang lain.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 06: (EXCLUSIVE COVERAGE) Former manager Sir Alex Ferguson and executive vice-chairman Ed Woodward attend a service to commemorate the 60th anniversary of the Munich Air Disaster at Old Trafford on February 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Sehingga kini United memiliki lebih daripada 50 tajaan global sebagai rakan strategik.

Di sebalik kejayaan luar padang, Woodward masih lagi merupakan individu yang tidak popular di kalangan penyokong setia Manchester United.

Sejak ketibaan Woodward di Old Trafford, kelab tersebut telah berbelanja ratusan juta untuk pemain, struktur gaji pemain tidak masuk akal, dan memecat tiga pengurus setakat ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram