Ed Woodward Ancam Tamatkan Rundingan Jika Sporting Enggan Turunkan Harga

Manchester United dilaporkan tidak akan berganjak dengan nilai tawaran mereka untuk Bruno Fernandes.

Laporan menyatakan perbincangan untuk mendapatkan Bruno Fernandes tersekat pada perbincangan harga.

Pemain tersebut sudah diberikan kebenaran untuk bercakap dengan Manchester United. A Bola melaporkan bahawa semua terma. peribadi sudah dipersetui.

Bruno ditawarkan kontrak dengan gaji £130,000 seminggu.

Proses seterusnya adalah untuk membincangkan tentang yuran perpindahan. masalah berlaku apabila Manchester United tidak mahu memenuhi permintaan Sporting Lisbon.

Sporting Lisbon meletakkan harga sekurang kurangnya £55 juta pada bayaran pertama dan £15 juta pada bonus. Semuanya bernilai £70 juta.

United hanya menawarkan £34 juta. Dan klausa bonus bermula £25 juta.

Dengan nilai maksimum £59 juta.

Selain daripada sukar menerima harga tawaran yang jauh daripada tanda harga mereka, 2 klausa bonus dimasukkan oleh Ed Woodward membuatkan Sporting Lisbon tidak menerimanya.

Syarat untuk menebus bonus lebih £25 juta itu adalah:

1. Bruno Fernandes menang Ballon d’Or

2. Manchester United juara Liga Juara Juara Eropah.

Semua klausa tersebut harus dicapai pada durasi kontrak penggal pertama beliau.

Man United. pernah memasukkan klausa Ballon d’or untuk kontrak Anthony Martial sebelum ini. Dan ia tidak mampu dicapai

Sporting merasakan syarat untuk mendapatkan bonus £25 juta itu sukar untuk dicapai.

Sporting Lisbon sebelum ini ada meminta menyertakan Andreas Pereira tambah dengan tunai untuk Fernandes. Namun United menolaknya.

Jadi kini perbincangan United adalah berdasarkan pembelian tanpa melibatkan pemain.

Ed Woodward sudah memberikan amaran kepada Sporting Lisbon untuk menerima tawaran mereka ataupun tidak dapat langsung.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram