Arrigo Sacchi Mahu Dybala Buang Tabiat Suka Protes Keputusan Pengadil

Lagenda AC Milan iaitu Arrigo Sacchi baru-baru ini telah mengeluarkan kritikan pedas kepada bintang Juventus, Paulo Dybala atas kelakukan beliau diatas padang.

Sachi nyata tidak gemar akan perangai Dybala diatas padang yang kerap mengadu kepada pengadil ketika perlawanan.

Hentikan mengadu

Bagi Sacchi, apa yang Dybala buat ini tidak lebih dari memberikan kesan kepada reputasi beliau di atas padang.

“Beliau ada bakat yang baik. Tetapi ada satu perkara yang saya tak suka mengenai beliau.”

“Beliau terlalu kerap melakukan protes terhadap pengadil ketika perlawanan berlangsung.”

Sacchi juga berkata yang Dybala sering melakukan perkara tersebut sejak beliau berpindah ke Juventus dari Palermo.

“Sayang sekali, masa di Palermo beliau jarang buat begitu.”

“Apabila kerap sangat buat macam tu, ia akan beri kesan kepada reputasi beliau.”

Tak sengaja

Akan tetapi, Dybala juga memberikan komen balas mengenai komen Sacchi tersebut.

Katanya, beliau bukanlah sengaja dalam melakukan protes tersebut terhadap pengadil.

“Saya mengaku saya kerap lakukan protes terhadap pengadil. Namun saya lakukannya secara spontan dan bukan saja-saja buat.”

“Saya tahu saya tak patut buat macam tu.”

Namun begitu, Sacchi tetap mahu Dybala mengubah sikapnya itu atas hujah Dybala adalah contoh ikutan anak-anak muda.

“Dybala perlu faham yang beliau adalah pemain yang merupakan contoh ikutan anak muda.”

“Beliau adalah seorang pemain yang pintar dalam bola sepak, dan beliau kena bersikap seperti seorang genius.”

Baca juga: Selepas Messi, Cristiano Ronaldo Tampil Desak Perang Di Syria Dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram