Dulu Kejarkan Real Madrid, Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

Max Allegri

Nampaknya, seseorang bakal kembali!

Mantan pengurus Juventus, Max Allegri kini bakal kembali semula ke kancah pengurusan bola sepak selepas lama berehat.

Akan tetapi, skripnya nyata sama sahaja apabila pengurus berbangsa Itali itu dikhabarkan akan kembali semula ke Juventus.

Menurut Fabrizio Romano, kepulangan semula Allegri akan menamatkan waktu Andrea Pirlo sebagai pengendali pasukan itu dengan pengurus tidak berpengalaman itu mengalami kesukaran mengekalkan standard kelab itu.

Kembalinya Allegri ke Juventus ini pastinya kontra dengan apa yang sering didengar oleh pengikut bola sepak kebelakangan ini apabila beliau sebenanrya sedang mengejar jawatan di Real Madrid.

Akan tetapi, kelembapan Real dalam mendapatkan pengurus tersebut walaupun Zinedine Zidane sudah pun meletakkan jawatannya di Santiago Bernabeu tidak dapat memujuk Allegri ke La Liga.

Untuk rekod, Allegri sudah berhubung dengan Real untuk jawatan pengurus sejak Mac yang lalu.

Dalam masa yang sama, tindakan pantas Andrea Agnelli yang merupakan presiden Juventus menawarkan tawaran lumayan membuatkan Allegrri kembali semula ke Allianz Stadium.

Sebelum ini, Allegri juga dikejar oleh Inter Milan bagi menggantikan Antonio Conte melepaskan jawatannya baru-baru ini.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Dengan kosongnya jawatan di Real akibat pemergian Allegri ke Juventus, adakah Conte akan mengisi kekosongan tersebut?

Baca juga artikel kami mengenai Serie A:

Gennaro Gattuso Sertai Fiorentina Sehari Selepas Dipecat Napoli

Juventus Tidak Perlukan Ronaldo Untuk Ke Champions League

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply