‘Dulu Ditendang Sekarang Disayang’ – Penyokong Melaka United Usah Ragu Dengan Magis Zainal

Zainal Abidin Melaka United

Tiga musim Zainal Abidin Hassan membimbing Melaka United, memang diakui tiada sebarang kejayaan boleh dibanggakan oleh pasukan itu di pentas Liga Malaysia (Liga-M).

Meskipun dalam tempoh itu pengurusan bersilih ganti, namun nasib ternyata menyebelahi Zainal, kedudukannya tetap selamat walaupun kerap kali kedengaran ura-ura beliau akan disingkirkan.

Pencapaiannya di pentas Liga Super musim ini juga tidak begitu memberangsangkan. Jika tidak kerana masalah pengurusan yang membelenggu Perak dan penurunan prestasi UiTM, mungkin Melaka United yang ‘ditendang’ ke Liga Premier.

Melaka United Sedia ‘Tendang’ Perak Keluar Dari Liga Super

Apa yang tidak pernah diterima oleh Zainal? Segala bentuk kata-kata nista, sindiran, hinaan dan segala perkataan negatif telah ditelan oleh bekas pemain kebangsaan itu.

Akan tetapi, jika difikirkan semula status Melaka United sebagai ‘pasukan kerdil’ atau ‘underdog’ di pentas Liga Super, bukankah kemampuan Zainal untuk memastikan mereka tidak tersingkir dari liga elit itu merupakan satu kejayaan?

Zainal tidak memandang ke belakang. Beliau tahu Piala Malaysia adalah pentas terbaik untuk membuktikan sesuatu dan ia terbukti apabila Melaka United menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku pendahulu kumpulan C.

‘Bukan Sekadar Nasib’ – Melaka United Gigih Buat Analisis & Kerja Rumah Sebelum Tumpaskan Kedah

Khamis lalu, bekas pemain Selangor era 80-an itu telah memberikan satu lagi detik manis buat penyokong skuad Sang Kancil apabila berjaya memastikan Melaka mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah.

“Memang bila tengok prestasi Melaka dalam liga kita tak dapat momentum itu, cuma di saat-saat akhir [lebih baik], jadi keyakinan terhadap pasukan ini memang kurang. Tetapi selepas apa yang kami persembahkan, saya rasa kami layak pergi sejauh ini,” ,” ujar Zainal dalam sidang media selepas perlawanan.

Siapa sangka selepas 38 tahun, rakyat Melaka akhirnya berpeluang untuk melihat pasukan mereka melangkah sejauh ini dalam merebut trofi kejohanan tertua di Asia.

Kali terakhir nama Melaka terpahat di separuh akhir Piala Malaysia adalah pada 1983 di mana pada tahun itu mereka menjuarai Liga Perdana.

Bercakap mengenai desakan penyokong yang pernah melaungkan slogan #ZainalOut terutamanya sewaktu saingan Liga Super sebelum ini, jurulatih berusia 59 tahun ini menjelaskan ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.

“Niat saya suci dan murni dalam bola sepak Saya akan terus memperbaiki bermula dari diri saya dan pasukan, tetapi ia perlukan masa.

“Saya faham tentang desakan penyokong itu, ia memang benar kerana mereka datang [ke stadium] untuk menonton persembahan yang baik dari pasukan.

“Alhamdulillah saya berterima kasih kerana pengurusan masih memberi kepercayaan kepada saya untuk membuktikan saya mampu membentuk sebuah pasukan yang baik dan nampak masa depan baik.”

Melaka United akan bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin ini untuk aksi separuh akhir pertama dan aksi timbal balik pula dijadualkan pada 26 November (Jumaat).

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply