Dugarry: Sikap Mata Duitan De Ligt Buatkan Saya Nak Termuntah

Legenda Piala Dunia Perancis, Christophe Dugarry menyatakan beliau nak termuntah melihat sikap Matthijs De Ligt.

Ini kerana pemain muda itu jelas sekali lebih mengejar wang berbanding dengan karier. De Ligt masih belum memutuskan kelab mana yang akan beliau sertai.

Itu sudah cukup membuktikan pemain itu sedang ‘bermain’ dan memanipulasi situasi yang ada sekarang untuk mendapatkan wang yang banyak.

Menurut Dugarry, De Ligt masih muda. Dan keutamaan beliau seharusnya karier dan pembangunan bola sepak. Dugarry percaya De Ligt sudah mendapat tawaran yang sangat besar daripada beberapa kelab yang mahukan beliau.

Tetapi pemain itu sengaja melengahkan keputusannya untuk membolehkan beliau mendapat tawaran lebih tinggi daripada yang ada.

Antara kelab yang mahukan De Ligt termasuk Barcelona, Juventus, PSG dan Manchester United. Laporan beberapa hari lalu di Itali menyatakan De Ligt kini mengampiri proses untuk menjadi pemain Juventus.

PSG pula kecewa dengan De Ligt yang dilaporkan cuba memasukkan klausa pelepasan €150 juta. PSG berkata sikap De Ligt tidak profesional. Bagaimana seorang pemain yang baru nak menyertai kelab memikirkan untuk keluar.

Ini kerana angka €150 juta dianggap angka yang boleh bayar pada ketika ini. Klausa tersebut dilihat membolehkan De Ligt yang diwakili ejennya Mino Raiola mencari kelab baharu pada bila-bila masa.

https://twitter.com/ajaxtimes/status/1144246122879361026

Juventus dilaporkan sedia menerima klausa pelepasan tersebut.

Situasi De Ligt ini mendapat perhatian ramai pihak. Dugarry berkata: “Apa idea beliau [De Ligt] sebenarnya? Apa yang ada di dalam kepalanya? [Lebih] 12,13,14 atapun 15 juta euro?”

“Pada satu tahap, apa yang berubah? Kamu akan ada lebih banyak kereta, kondominium yang lebih 50 meter persegi lagi, serta lebih 10 meter untuk letakkan bot kamu.”

“Jika semua ini dilakukan semata-mata kerana wang, saya sampai di sini sahaja [mahu membincangkan tentang De Ligt], sebab ianya akan membuatkan saya termuntah.”

“De Ligt pemain hebat, pemain yang sangat bagus. Tetapi dengan mentaliti seperti itu, beliau tidak akan kekal lama, ianya tak mustahil.”

“Tahniah saya ucapkan kepada Presiden PSG, Leonardo di atas keputusan mereka [yang tidak melayan karenah De Ligt].”

“Saya sudah jemu dengan bola sepak seperti ini.”

Menurut Dugarry, De Ligt seharusnya memikirkan soal projek pasukan. Beliau percaya pemain itu akan menjadi lebih baik dan lama bertahan sebagai pemain bintang jika tidak terlalu memikirkan wang di dalam keputusannya.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply