Dua Pasukan Liga Super Buru Khidmat Syazwan Andik

Pemain pertahanan kiri skuad Harimau Malaya, Syazwan Andik Ishak kemungkinan akan meninggalkan pasukan Kuala Lumpur apabila dua pasukan Liga Super dikhabarkan sedang mengintai khidmatnya untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Bercakap kepada Stadium Astro, Jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah, tidak akan menghalang pemain itu berhijrah ke pasukan lain walaupun masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Ini bermakna pasukan yang bakal mendapatkan khidmat Syazwan perlu membayar pampasan baki kontrak pemain itu kepada KLFA mengikut statut persatuan berkenaan.

Sumber daripada Stadium Astro turut menyebut Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah antara pasukan yang sedang memancing bekas pemain Harimau Muda itu.

“Sebagai seorang jurulatih, saya enggan menyekat hasrat pemain untuk berhijrah. Tetapi jika mahu terus kekal bersama pasukan, saya sedia menerima secara terbuka kerana kualiti yang dimiliki oleh Syazwan diperlukan pasukan Kuala Lumpur,” katanya.

Aksi Syazwan Andik bersama Kuala Lumpur. FOTO: FMLLP

Syazwan sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan JDT II dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super bagi mengembangkan kerjaya bola sepaknya.

Peluang beraksi di liga divisyen satu itu telah meningkatkan tahap permainannya sehingga terpilih mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Prestasi cemerlangnya dengan skuad Ong Kim Swe telah menarik minat Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN