Dua Kanak-Kanak Hijack MUTV Laung Ole Out

Dua kanak-kanak hijack MUTV laung Ole Out mencuri perhatian peminat hari ini dengan keberanian mereka untuk menyuarakan hal tersebut secara langsung.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut melaungkan Ole Out ketika ditanya tentang aksi skuad Manchester United bertemu Everton malam semalam.

Mereka bukan hanya membawa dakyah #OleOut bahkan salah seorang dari kanak-kanak itu turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada salah seorang pemain Man Utd.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut telah dipanggil oleh wartawan MUTV sebaik tamat perlawanan tersebut, dengan mereka diharapkan bakal memberi komen positif tentang persembahan skuad Red Devils.

Sam Homewood dari MUTV memanggil kedua-dua kanak-kanak tersebut berbanding peminat biasa kerana mereka tidak mahu ada komen negatif yang tersiar secara langsung.

Ia kerana mereka sedar akan situasi United selepas tamat perlawanan tersebut, maka memilih budak kecik untuk ditemu bual bakal jadi pilihan yang bijak.

Namun ia sepertinya berjalan dengan tidak seperti diharapkan dan jauh sekali dari dirancang.

https://twitter.com/TrebleSZN/status/1444304595086282766?s=19

“Apa kamu rasa tentang perlawanan itu?”

Tanya beliau kepada salah seorang kanak-kanak tersebut, yang pantas menjawab:

“Ole Out.”

Lalu beliau terus berjalan meninggalkan mereka.

Kawan kepada kanak-kanak pertama tadi, kemudiannya turut ditanya soalan yang sama dengan harapan beliau akan memberi komen yang lebih positif.

Namun sayangnya budak kedua turut memberi jawapan sama, bahkan beliau turut mengkritik persembahan penandatanganan terbaru kelab, Jadon Sancho.

Ketika di tanya soalan sama, beliau menjawab:

“Sama juga, Ole Out, Sancho sembang.”

Jawab beliau seterusnya berjalan meninggalkan Sam Homewood.

Sukar untuk diramal pasukan mana yang sebenarnya disokong oleh mereka, memandangkan kedua-dua kanak-kanak tersebut memakai mafla separuh Everton dan separuh United.

Homewood kemudiannya dengan sayu melihat kamera dan mengakui:

“Saya akan jujur dengan kamu, saya jangkakan yang lebih baik dari kanak-kanak. Itu pelajaran untuk saya.”

“Saya tidak akan percaya pada kanak-kanak lagi….. Di mana saja.”

MUTV sebenarnya antara kelompok yang masih menyokong perjuangan Ole dan mereka sama sekali tidak pernah menghentam kelab secara terbuka.

Namun tiada apa boleh mereka lakukan, jika budak kecik sendiri pun sudah ada pandangan negatif terhadap pasukan, bahkan berani dengan terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Para peminat berkongsi pandangan masing-masing terhadap klip video tersebut, dengan pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh mereka.

Ada yang sedih melihat bagaimana teruknya prestasi kelab ketika ini hingga penyokong kanak-kanak sudah ada pandangan negatif terhadap kelab.

https://twitter.com/galla_go/status/1444595798604455937?s=19

Namun begitu, masih ramai yang rasa bangga melihat keberanian dua penyokong kanak-kanak itu yang berani meluahkan pandangan mereka di hadapan kamera seperti itu.

Ramai yang percaya klip tersebut merupakan yang terbaik pernah disiarkan oleh MUTV sejak dari awal mereka ditubuhkan.

United terlebih dahulu mendahului aksi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu menerusi Anthony Martial yang menerima umpanan cantik dari Bruno Fernandes.

Fred ketika itu gagal untuk menewaskan Demarai Gray yang memulakan serangan pantas dan berjaya disudahi dengan cantik oleh Andros Townsend.

Keputusan seri ini menjadikan United hanya sekadar mampu mencatatkan dua kemenangan sahaja dari enam perlawanan terakhir mereka setakat ini.

Tentunya pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer antara individu paling tertekan pada ketika ini dengan tekanan yang diletakkan oleh semua pihak ke atasnya.

Solskjaer membuat beberapa pertukaran dalam skuadnya ketika aksi bertemu Everton berbanding bertemu Villarreal kemarin, dengan Ronaldo dan Pogba diletakkan di bangku simpanan.

Kehilangan lima mata dari dua perlawanan terakhir dalam saingan liga bukanlah satu hal yang baik, dengan United pada musim ini dianggap pilihan utama untuk bergelar Juara.

Mereka sangat aktif berbelanja pada jendela perpindahan baru-baru ini dan dengan barisan pemain yang dimiliki, amat menyedihkan untuk melihat United tidak memenangi Piala pada penghujung musim nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN