Dua Gol Ronaldo Bantu Juventus Benam Parma

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Dua gol dari Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan 2-1 Juventus ke atas Parma, dan memberikan satu lagi rekod peribadi kepada bintang bersua 34 tahun itu.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-43 di Stadium Allianz, sebelum menyumbat satu lagi gol pada minit ke-58 selepas Parma berjaya menyamakan kedudukan.

Dua gol tersebut bermakna kini Ronaldo telah menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut di Serie A – pamain Juventus pertama yang melakukannya selepas David Trezeguet pada Disember 2005.

Ia juga membantu Ronaldo mengumpul 16 gol setakat ini. Pada musim pertama di Itali, Ronaldo menjaringkan 21 gol di Serie A.

Kemenangan tersebut turut membantu Juventus melebarkan kelebihan empat mata sebagai pendahulu Serie A, selepas Inter Milan sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Leece pada Ahad.

Selain dari prestasi Ronaldo, pengurus pasukan Maurizio Sarri turut memuji prestasi Paolo Dybala yang turut menyumbang bantuan gol untuk gol kedua pasukan itu.

“Pada saya Dybala sedang melakukan perkara terbaik [boleh dilakukan]. Bersama yang lain, beliau sentiasa akan bermain dengan baik,” kata Sarri.

“Bergandingan dengan Ronaldo, pasukan akan memiliki kurang pemain di tengah, tetapi buat masa ini kedua-dua berjaya mencipta dan menjaringkan gol.”

Dybala kini telah menjaringkan 11 gol untuk pasukan dari Turin itu dalam semua pertandingan.