Datuk Dr Ramlan Anggap Pembatalan Liga Sesuatu Yang Wajar

Pembatalan

Pembatalan saingan bola sepak peringkat belia tempatan dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dianggap wajar oleh pakar perubatan dalam mengambil kira situasi semasa serta ruang-ruang alternatif yang disediakan oleh badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bekas Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, turut mewajarkan keputusan pembatalan itu dengan melihatnya dari sudut perubatan.

“Bagi saya, keputusan ini boleh dilihat bertujuan melindungi kepentingan dan kesihatan umum. Paling utama, kita tidak mahu mendedahkan golongan pemain remaja dan belia terhadap ancaman COVID-19.

“Walaupun mereka tidak dianggap berisiko tinggi untuk mengalami gejala-gejala teruk serta mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding kumpulan umur yang lebih lanjut dan berpenyakit, ada kemungkinan jika dijangkiti, mereka boleh menjadi pembawa jangkitan kepada ahli keluarga mereka yang lebih berusia dan berisiko tinggi.

“Apa-apa keputusan perlu mengambil kepentingan kesihatan umum sebagai pertimbangan pertama dan paling utama.”

”Lagipun, tahap mereka tidaklah sampai tahap profesional tertinggi di mana aktiviti mereka adalah satu-satunya mata pencarian untuk menyara tanggungan, pada tahap usia remaja dan muda lazimnya.

“Jadi ini adalah satu keputusan yang mencapai keseimbangan terbaik berdasarkan semua faktor terlibat, lebih-lebih lagi keutamaan kesihatan umum.

“Berbanding SOP yang ketat jika dilaksanakan dalam stadium di peringkat Liga Super dan Liga Premier, suasana di venue Piala Presiden dan Piala Belia yang rata-rata diadakan di padang terbuka boleh menimbulkan kesukaran untuk mengawal selia keadaan.”

Kredit featured image: StadiumAstro

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Malaysia:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply