Dominasi JDT, Selangor Terhadap Graduan AMD Berterusan

Malaysia B-16 2018 AMD sasaran JDT Selangor

12 pemain yang lahir sebagai generasi kedua Akademi Mokhtar Dahari (AMD) memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor sebagai destinasi seterusnya karier mereka.

Hujung tahun lalu, Selangor telah menandatangani hampir semua graduan AMD apabila 28 daripada 34 pemain memilih mereka dengan bakinya berhijrah ke JDT. Kali ini, enam pemain telah memilih untuk ke Selangor, sementara enam pemain ke JDT.

Antara prospek terbaik AMD kali ini adalah pemain tengah, Ziad El Basheer Norhisham yang memilih untuk bersama Harimau Selatan, sementara pertahanan, Muhammad Faiz Amer Runnizar pula memilih Gergasi Merah sebagai destinasi seterusnya.

Selain itu, penyerang yang bergandingan bersama Luqman Hakim Shamsuddin di jentera serangan skuad muda negara di kejohanan AFC B-16 2018, Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal telah mengikut langkah Ziad El Basheer untuk ke JDT.

Menurut sumber yang bercakap kepada Bernama, “Ziad El Basheer dan Muhammad Faiz boleh dianggap bakat terbaik dalam kalangan pemain ketika ini, bagaimanapun, Muhammad Najmudin juga sepatutnya merupakan pemain terbaik tetapi disebabkan mengalami kecederaan lutut yang serius tahun lepas, dia terpaksa berehat panjang.”

Dalam pada itu, turut dimaklumkan, hampir kesemua 12 pelatih yang berpangkalan di Gambang, Kuantan itu adalah antara 18 pemain skuad B-17 negara yang telah beraksi pada kejohanan Piala Jenesys 2020 di Kagoshima, Jepun, sekitar Mac lalu.

Begitupun, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar mengakui sebenarnya saban tahun hampir 3 ribu graduan NFDP dilahirkan dan yang berada di AMD adalah yang terbaik.

Selebihnya berada di Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD). Untuk memahami sistem di NFDP, anda boleh membaca artikel yang ditulis Semuanya BOLA mengenai NFDP di SINI.

Memetik ciapan di laman Twitter Youth Football Malaysia yang diciapkan semula Safirul, “Graduan SSN juga berada dalam sistem NFDP bro. Campur PLD lagi. Terserah pada kelab nak pilih mana satu. Dari AMD+SSM+SSN+PLD, total hampir 3 ribu players setiap tahun untuk dipilih. Tapi kalau takde ‘scout’. Macam mana nak pilih?”

Jadi, adakah dominasi Selangor dan JDT terhadap graduan AMD akan berterusan? Tarikan fasaliti latihan juga adalah antara faktor utama para graduan tersebut.

KREDIT FEATURED IMAGE: FAM

Baca lagi artikel mengenai NFDP dan AMD:

AMD: Skuad Elit, Hasil Program Pembangunan Bolasepak Negara

7 Perbezaan Sistem Pembangunan Pemain Muda Eropah Dengan Malaysia Menurut Pegawai NFDP

Dennis Bekking: Kemudahan AMD Sebenarnya Bertaraf Eropah

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply