Dollah Salleh: ‘Training’ Dah Buat Macam-Macam, Dalam ‘Game’ Tak Jadi Juga

Dollah Salleh Sri Pahang Piala Malaysia Sarawak United 'training'

Memang diakui pengendali, Dollah Salleh, masalah utama Sri Pahang adalah di jentera serangannya yang jelas gagal menghasilkan jaringan dalam dua aksi Piala Malaysia 2021 berdepan KL City dan Sarawak United.

Walaupun mereka berjaya meledak satu gol berdepan KL City dalam aksi pertama pada 26 September lalu, namun mereka kecundang juga 1-3 di akhir perlawanan dengan jentera serangan mensia-siakan peluang.

Dalam sidang media selepas kekalahan kedua Sri Pahang kepada Sarawak United, Dollah Salleh mengakui kekecewaannya kerana mereka telah cuba memperbaiki sentuhan akhir dengan pelbagai cara ketika latihan.

“Kita dah ‘training’ macam-macam tetapi benda yang sama juga berlaku, jadi, itulah hakikat yang kita kena terima,” ujar Dollah Salleh selepas melihat Tok Gajah tumbang 0-1 kepada Sarawak United di Stadium KLFA.

“Saya kecewa dengan keputusan malam ini. Kita setakat main dan menguasai bola di tengah padang tetapi kita tak mencipta peluang. Agak sukar saya tengok kepada Sri Pahang ketika ini. Kita nak mencipta satu peluang untuk jaringkan gol pun kita sukar. Inilah masalah pasukan Sri Pahang.,” ulasnya lanjut.

Dengan tewasnya mereka dalam aksi kedua itu, mereka berada di tangga tercorot Kumpulan A yang ketika ini diterajui Sarawak United dengan enam mata, diikuti KL City (empat mata) dan Penang FC (satu mata).

Dollah Salleh Tak Tahu Kenapa Sri Pahang Sukar Cetak Gol

Mereka masih boleh untuk bangkit kerana saingan kumpulan masih berbaki empat perlawanan, namun dalam situasi saat ini, Dollah Salleh melihat ia agak sukar jika permainan berpasukan tidak dipamerkan mereka.

“Keseluruhannya adalah pada pasukan, bukan pada individu. Nampak masing-masing banyak pada individu. Itu yang nampak pasukan masih tercari-cari rentak. Kita sebenarnya tersekat antara tengah dan serangan.

“Perjalanan kita selalu tersangkut di situ. Dan begitu mudah buat pihak lawan mematahkan kita di bahagian serangan. Bila benda tidak jadi di depan, ia beri kesan kepada semua,” ulas Dollah Salleh megenai skuadnya.

Jika dilihatkan, Sri Pahang sebenarnya memiliki perancang licik, Manuel Hidalgo yang memberi impak segera pada awal kemasukkan ke pasukan pada Mei yang lalu. Semua teruja melihatkan prestasinya ketika itu.

Namun, segalanya kian suram buat pemain berusia 22 tahun itu, perlawanan demi perlawanan. Dan menurut Dollah Salleh, ada satu masalah membelenggu prestasi pemain kelahiran Argentina itu pada ketika ini.

“[Manuel] Hidalgo ini saya nampak dalam dua perlawanan terakhir ini sudah tiada ‘instinct’ dan kekuatan. Agak berbeza [gaya permainannya]. Selepas 60, 70 minit dia akan nampak keletihan. Ini yang ganggu prestasinya ketika ini,” jelas pengendali berusia 57 tahun itu ketika ditanyakan prestasi pemain tengah itu.

“Kita kena fokus kepada menjaringkan gol. Dalam ‘training’, kita sudah buat macam-macam, tetapi dalam ‘game’, ia tidak menjadi dan benda ini saya terpaksa tekan lagi,” ujar Dollah Salleh mengenai fokusnya nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN