Dollah Salleh: Pemain Perlu Kerja Keras Jaga Kecergasan

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui jadual Liga Malaysia 2020 yang baharu sahaja dikeluarkan Malaysian Football League (MFL) sedikit mencabar pasukannya.

Pengendali berusia 56 tahun itu bagaimanapun tetap optimis barisan pemain skuad Tok Gajah yang dipilih mampu untuk mengharungi cabaran tersebut sehingga penghujung musim.

“Enam atau tujuh perlawanan yang berlangsung pada bulan puasa itu nanti memang saya anggap satu cabaran yang sukar juga namun pemain-pemain kenalah kerja keras menjaga kecergasan.”

Kredit foto: Pahang FA

“Prestasi pemain selalunya tidak menjadi isu cuma saya kena berhati-hati dalam soal kecederaan pemain utama serta memberikan peluang kepada pemain-pemain simpanan lebih kerap diturunkan pada musim depan,” katanya.

Mengikut jadual Liga Malaysia 2020 yang dikeluarkan, kesemua pasukan dalam saingan Liga Super dan Premier perlu beraksi sebanyak enam perlawanan pada bulan Ramadan.

Manakala pasukan yang berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir Piala FA 2020 pula akan mengharungi aksi pertama di bulan tersebut.

Pahang akan memulakan kempen Liga Super pada 29 Februari ini dengan bertemu pasukan pilihan, Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kredit foto: Pahang FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram