Dituduh ‘Lembik Dan Memalukan’ Oleh Neville, Ini Respon Wenger

Arsene Wenger tampil memberikan respon beliau kepada tuduhan Gary Neville yang menggelar pasukan Arsenal sebagai lembik (spineless) dan memalukan dalam aksi final Piala Carabao minggu lalu menentang Manchester City.

Neville tampil mengkritik dengan lantang nama-nama seperti Aaron Ramsey, Granit Xhaka dan Mesut Ozil kerana mereka hanya berjalan di atas padang.

Wenger menyatakan yang pemain beliau sudah bermain dengan baik ketika menentang City. Wenger berkata:

“Anda boleh lihat pemain kedua-dua pasukan berjalan di atas padang. Anda juga boleh sahaja mengeluarkan gambaran daripada perlawanan berdasarkan apa yang anda fikirkan.”

“Anda akan dapati dalam setiap perlawanan, 2 pasukan yang berlawanan, ada masa-masa tertentu pemain tidak akan mengejar (track). Anda harus menganalisis kenapa ia berlaku. Adakah dia tidak mengejar bola kerana sudah melakukan 2 larian dan kemudian berasa letih.”

“Ataupun dia sengaja tak mengejar bola itu kerana dia tak mahu berbuat demikian. Ada beza di situ.”

Wenger yakin pemain beliau sudah memberikan segalanya di dalam perlawanan tersebut.

Arsenal manager Arsene Wenger (left) and Manchester City manager Pep Guardiola shake hands(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

“Sudah tentu pemain-pemain saya sudah memberikan segalanya. Saya sudah terlalu lama dalam dunia seperti ini. Apabila anda kalah, pasti ada orang akan berkata yang anda tidak cukup keinginan untuk menang.”

“Adakah kami kalah kerana tiada keinginan? Saya tidak rasa begitu. Apabila anda kalah 3-0 anda akan sentiasa dituduh sebegitu. Namun pada pandangan saya, itu bukan alasan utama kami kalah tempoh hari.”

“Kami mara ke final dan bukan mara kerana kebetulan. Kamu harus berjuang untuk sampai ke sana dan kami sudah melakukannya.”

“Kami bukannya berhadapan dengan pasukan lemah dalam separuh akhir. Kami menentang Chelsea dan menunjukkan yang kami boleh melawan.”

Wenger mengakui beliau sudah lali dengan kritikan pedas seperti itu.

“Kita harus biasakan diri dengan kritikan, itu sebahagian daripada bola sepak moden. Bagi mereka yang memberikan komen, itu sudah kerja mereka, jadi anda haru terima hakikat itu. Namun yang paling penting adalah cara kita memberikan respon.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN