Ditipu Penganjur Mengenai Perlawanan Juventus, Penyokong Korea Selatan Dapat Ganti Rugi

Kerjasama Semuanya BOLA

Khelaifi

Kebenaran telah pun terbukti!

Selepas beberapa lama, akhirnya penyokong Juventus atau peminat Cristiano Ronaldo di Korea Selatan yang kecewa hampa berjaya mendapatkan keadilan.

Sebelum ini, seramai 162 pembeli tiket aksi pra-musim antara Juventus dengan K-League All-Stars telah menyaman penganjur perlawanan iaitu The Fasta yang didakwa telah menipu mereka mengenai perlawanan itu.

Dalam poster perlawanan yang dikeluarkan, The Fasta menjanjikan yang Ronaldo bakal turun beraksi dalam perlawanan pertunjukkan itu.

Namun begitu, Ronaldo tidak diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi yang berakhir dengan jaringan 3-3.

162 pembeli tiket yang kecewa hampa itu kemudiannya memfailkan saman kepada penganjur atas alasan diri mereka ditipu dan ianya menyebabkan “tekanan emosi” kepada mereka.

Menurut Jakarta Post, Mahkamah Daerah Seoul Tengah telah mengarahkan The Fasta membayar kepada 162 pembeli tiket memulangkan separuh daripada harga tiket termasuklah bayaran pampasan sebanyak $45 setiap seorang.

Pada perlawanan yang dilangsungkan pada 2019 itu mengenakan harga tiket sebanyak $26.90 hingga $35.87 (30 ribu-40 ribu Won) dan ianya laris dijual dalam masa tiga minit sahaja.

Tiada tindakan diambil kepada Juventus dan juga Ronaldo.

Baca juga artikel kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Usain Bolt: Larian Cristiano Ronaldo Lebih Pantas Dari Saya

Cristiano Ronaldo Hampir Pasti Tidak Beraksi Lawan Barcelona

Diogo Jota: Hari Tanpa Cristiano Ronaldo Hari Terbaik Saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram