Dipanggil “Ayah” Oleh Kiatisuk Senamuang, Siapakah Sebenarnya Tuan Haji Bakri Ibni?

Siapakah sebenarnya Tuan Haji Bakri Ibni sehingga dianggap sebagai guru dan bapa oleh bekas Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk  Senamuang?

Ketika pertemuan mereka tujuh tahun lalu selepas final Piala AFF 2014, pemain legenda bola sepak Thailand yang dikenali dengan nama panggilan ‘Zico’ telah memeluk dan mencium beliau.

Tidak cukup dengan ciuman dan pelukan tersebut, Kiatisuk selepas itu turut telah mengejutkan Bakri apabila menjerit sambil: ‘my father, my father’ – di lobi hotel penginapan yang dipenuhi orang ramai terutama penyokong Thailand.

Tindakan Kiatisuk nyata membuatkan Bakri terharu. Siapakah Tuan Haji Bakri Ibni yang begitu istimewa di hati Zico?

Bakri Ibni VS Korea Selatan

Bakri Ibni merupakan salah seorang anggota skuad Olimpik Malaysia yang layak ke temasya itu di Moscow, dan merupakan pemain seangkatan dengan legenda bola sepak negara yang lain seperti Soh Chin Aun, James Wong, Shukor Salleh, Hassan Sani, R. Arumugam dan ramain lagi.

Bakri turut beraksi dalam perlawanan bersejarah menentang Korea Selatan pada 6 April 1980 di Stadium Merdeka.

Ramai yang sudah tahu bahawa gol kemenangan Malaysia ketika itu dijaringkan James Wong pada minit ke-85 hasil serangan balas pantas Hassan Sani dan disudahi oleh James Wong.

Tetapi mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah penjaring gol pertama? Tiada siapa menyalahkan anda jika tidak tahu siapa penjaring pertama pasukan negara kerana klip video jaringan tersebut sukar diperolehi.

Bakri Ibni yang beraksi sebagai pemain tengah dalam perlawanan tersebut memberikan Malaysia gol pendahuluan pada minit ke-12 selepas sepakan lencong beliau berjaya menewaskan penjaga gol Korea Selatan.

bakri-7

Kawalan menarik Bakri yang berjaya melarikan bola disudahkan dengan sepakan “banana kick” yang menewaskan penjaga gol Korea Selatan yang mahu meluru keluar menerkam bola pada ketika itu.

Pada malam itu jaringan Bakri dan James Wong memastikan Malaysia memperolehi slot ke Sukan Olimpik Moscow tetapi malangnya kerajaan Malaysia telah menarik diri daripada temasya itu.

bakri
Siri Jelajah Dunia

Karier Bakri Ibni

Bakri Ibni ilahirkan pada 25 Ogos 1952 dan mulai bermain bola sepak sejak zaman sekolah lagi di SMK Syed Alwi, Perlis. Pada 1969 Bakri mewakili MSSM di kejohanan pertama Bolasepak Sekolah-Sekolah ASEAN.

Pada 1973 beliau mewakili Perlis dalam pertandingan Piala Burnley (kemudiannya dikenali sebagai Piala Razak) yang merupakan pertandingan bola sepak bawah umur tempatan terulung suatu ketika dahulu.

Bakat Bakri dikesan oleh panel jurulatih negara dan dipanggil menyertai pasukan remaja kebangsaan di kejohanan Belia Asia. Selepas dua tahun Bakri terus diserapkan ke skuad utama pasukan utama dan bermain bersama Perlis sehinggalah bersara pada tahun 1984.

bakri-6

Selepas bersara Bakri beraksi bersama Talasco Insurance dimana beliau berpeluang bergandingan bersama Mokhtar Dahari dan muncul juara Piala Dunhill Selangor serta mara ke separuh akhir Piala FAM.

Pada tahun 1984 sehingga 1989 Bakri kemudiannya dilantik sebagai jurulatih merangkap pemain oleh Bank Rakyat yang beraksi di Liga Selangor.

Pada 1998 Bakri kembali ke Perlis tetapi selaku jurulatih dan ketika itulah Bakri sempat melayih Kiatisuk Senamuang sehingga dilihat sebagai seorang ayah oleh legenda bola sepak Gajah Perang itu.

bakri-2

Bakri Ibni sayang bola sepak Malaysia

Bakri Ibni merupakan bekas pemain yang lantang dalam menegur prestasi semasa pasukan kebangsaan lantaran rasa cinta dan sayang beliau kepada bola sepak dan amat mementingkan aspek pembangunan bola sepak.

“Kalau kita pergi ‘players-to-players’, ada tidak pemain sekarang yang setanding dengan Arumugam? Tiada. Ada tidak yang setanding dengan Chin Aun? Tiada. Dengan Ali Bakar, Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Santokh Singh? Tiada. Apa lagi dengan dengan Mokhtar Dahari? juga tiada. Tanpa pemain hebat, pasukan tidak ke mana,” ujar beliau suatu ketika dahulu.

“Ranking penting, pemain-pemain yang bagus akan main di luar. Pemain kita tak layak bermain di luar disebabkan ranking kita rendah.”

“Presiden AFC orang kita, Setiausaha orang kita, Jawatankuasa kerja orang kita, tapi kita di takuk lama. Negara lain di Asia dah maju, kita tidak. Ada yang tak kena lah tu.

“Kena buat kajian, bagaimana bolasepak kita mahu maju…BERUBAHLAH!..”

Teguran dari Bakri ini mungkin sinis, tetapi apa yang dikatakan dan dikongsi beliau sekiranya difikirkan kembali ada benarnya.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply