Dion Cools Cedera, Cheng Hoe Panggil Ariff Farhan, Fayadh Zulkifli & Shahrul Nizam

Ariff Fayyadh Shahrul

Pemain Pertahanan FC Midtjylland, Dion Cools tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan untuk dua perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan pada minggu depan selepas disahkan mengalami kecederaan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang turut memaklumkan bahawa dua pemain lain, iaitu Syahmi Safari dan Akhyar Rashid juga terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan ketika membantu pasukan masing-masing dalam aksi Piala Malaysia.

Justeru itu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan tiga pemain untuk mengisi kekosongan tersebut iaitu Ariff Farhan Md Isa dan Mohammad Fayadh Zulkifli dari Kedah serta Shahrul Nizam Ros Hasni dari Terengganu.

Ketiga-tiganya merupakan muka baharu yang pertama kali mendapat panggilan skuad kebangsaan dan bakal melaporkan diri ke kem latihan pusat pada petang ini.

Ia menggambarkan bahawa pengendali skuad kebangsaan itu mendengar ‘suara hati’ peminat bola sepak tempatan yang mahu beliau memanggil pemain yang berada pada prestasi terbaik berbanding pemain yang kurang minit permainan.

Enam pemain lain yang mendapat panggilan pertama adalah Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem (Selangor), Arif Fadzilah, Hakimi Abdullah (Terengganu), Al Hafiz Harun (Penang) dan Kalamullah Al-Hafiz (PJ City).

Jika Hakimi Abdullah Boleh, Adakah Fayadh Zulkifli Juga Wajar Dapat Panggilan?

Malaysia dijadualkan bertemu Jordan pada 6 Oktober di Amman dan kemudian Uzbekistan tiga hari kemudian di lokasi yang sama.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply