Diogo Cetak 2 Gol, Sementara Bergson Masih Belum Pecah ‘Telur’

Diogo Luis Santos Bergson da Silva JDT

Ketika penggantinya Bergson da Silva masih buntu mencetak gol, aksi Diogo bersama BG Pathum United telah mencuri tumpuan ketika menang 4-0 ke atas Kaya FC.

Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk dua musim itu berhasil meledak dua gol dan membuat satu bantuan gol dalam 90 minit permainannya bersama wakil Thailand, BG Pathum dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2021.

Itu merupakan aksi pertama BG Pathum di saingan ACL musim ini dan kemenangan besar tersebut telah meletakkan mereka sebagai peneraju Kumpulan F ketika ini, berkelebihan perbezaan jaringan ke atas wakil korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Bergson pula masih memburu jaringan pertamanya di ACL bersama JDT dan selepas dua perlawanan yang dilalui JDT untuk aksi Kumpulan G, beliau masih buntu.

Setakat 11 penampilan dan 927 minit permainan di Liga Super, Bergson meledak 11 gol – dua gol di belakang penyerang, Ifedayo Olusegun. Tentunya harapan tinggi diletak kepadanya di ACL apabila mereka mengikatkan secara tetap pada Jun yang lalu.

Beliau tampil 180 minit dan telah mencipta 11 percubaan dalam dua aksi dengan empat daripadanya merupakan percubaan tepat – ketika berdepan Ratchaburi FC. Namun, aksi cemerlang penjaga gol, Kampol Pathomakkakul sangat dipuji.

Bukan setakat Bergson dikecewakan olehnya, malah wakil Korea Selatan, Pohang Steelers juga sukar untuk menembusinya dalam aksi pertama kumpulan. Setakat ini, Kampol telah membuat 12 saves – tujuh daripadanya di dalam kotak penalti.

Malah, Bergson yang cuba mencari titik mula mencetak gol menerusi sepakan penalti, gagal menyudahkannya apabila diselamatkan oleh Kampol. Jelas, Kampol adalah penjaga gol yang bagus dan misi Bergson memburu gol sulung diteruskan lagi.

Untuk Diogo pula, ini merupakan aksi di ACL pertamanya bersama BG Pathum. Beliau pernah tampil mewakili JDT dan Buriram United di pentas ACL sebelum ini. Bersama JDT, beliau hanya menyerlah di saingan Liga Super berbanding di saingan ACL.

Bersama JDT, beliau lebih menyerlah di saingan tempatan. Beliau telah menyumbang 24 gol dalam 29 penampilan, namun impaknya di ACL mungkin kurang dirasai. Musim 2019, beliau meledak dua gol dalam saingan peringkat kumpulan, sementara untuk musim 2020, tiada jaringan dihasilkan dalam dua perlawanan yang dilalui JDT.

Bersama Buriram di pentas ACL juga menyaksikan beliau hanya meledak enam gol dalam 14 penampilannya. Sebelum diterbangkan ke JDT, Diogo telah meledak 101 gol dalam 105 penampilan bersama Buriram United dalam tempoh empat musim.

Mungkin aksi Diogo akan lebih teruji menentang lawan yang lebih gah seperti Ulsan Hyundai selepas ini. Sedikit perbezaan dengan aksinya di JDT adalah di BG Pathum, beliau bergandingan bersama Teerasil Dangda, sementara di JDT, beliau adalah penyerang tunggal. Mungkinkah itu penyebabnya? Tunggu aksi kedua Diogo nanti.

Baca lagi artikel lain mengenai perkembangan bola sepak:

5 Perkara Kemenangan JDT Ke Atas Ratchaburi FC Di ACL 2021

JDT v Ratchaburi, Pertembungan Kali Pertama Malaysia-Thailand Di Pentas ACL

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN