Dicemuh Teruk Kerana Menggunting Lengan Baju, Pique Nekad Bersara Selepas Piala Dunia Russia

Gerarrd Pique sekali lagi terpalit dengan kontroversi yang berkaitan dengan isu patriotisme. Pemain ini sering diejek dan dicemuh oleh penyokong-penyokong Sepanyol kerana pendirian pro-Catalonia beliau.

Baru-baru ini, beliau secara terbuka menyokong langkah yang pro-kemerdekaan untuk wilayah Catalan. Pique terus menjadi perhatian apabila dituduh sengaja menggunting lengan baju beliau kerana ia ada bendera Sepanyol.

Football Soccer - Albania v Spain - World Cup 2018 Qualifiers

Namun begitu, Pique menafikan beliau berbuat demikian kerana isu politik sebaliknya ia kerana Pique tidak selesa dengan baju lengan panjang pada perlawanan tersebut.

Piala Dunia Adalah Yang Terakhir

Setelah diserang bertalu-talu oleh pelbagai pihak, Pique akhirnya mengumumkan akan meninggalkan skuad La Roja selepas Piala Dunia Russia 2018.

Gerard Pique berkata Russia akan menjadi destinasi terakhirnya bersama Sepanyol. Ini kerana beliau merasakan ramai pihak yang tidak mahu beliau berada dalam pasukan kebangsaan.

Pemain pertahanan Barcelona membuat pengumuman itu selepas kemenangan Sepanyol 2-0 di Albania pada hari Ahad dalam kelayakan Piala Dunia zon Eropah.

gerard_pique_2931802b

“Saya sentiasa memberikan semua yang saya ada di padang, tetapi tetap ada pihak yang merasakan adalah lebih baik jika saya tidak berada di sini,” kata Pique.

“Piala Dunia Russia adalah peringkat terakhir bagi saya.”

Ia Sudah Lama Dalam Perancangan Pique

Pique menegaskan keputusannya untuk bersara telah pun dibuat sebelum kontroversi tersebut lagi.

“Ia bukan keputusan kerana tengah ‘panas’, saya telah memikirkan hal ini lebih lama,”

“Ia bukan kerana apa yang berlaku hari ini, ia adalah kerana saya sentiasa memberikan yang terbaik di atas padang.”

“Ada yang mengucapkan terima kasih kepada saya, dan ada juga yang tidak fikir ia adalah OK bagi saya untuk berada di sini.”

Beri Laluan Kepada Muka Baru

Pemain pertahanan itu juga menambah, beliau mahu memberikan laluan kepada pemain muda selepas ini.

“Anda perlu memberikan mereka sedikit peluang. Saya akan berusia 31 tahun, saya telah memenangi segala-galanya dengan pasukan kebangsaan.”

“Saya akan cuba untuk bermain dalam permainan ke-100 saya dengan pasukan kebangsaan, dan saya mahu memenangi Piala Dunia sekali lagi, ia adalah perkara yang paling penting. ”

Pique, telah membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 dan Kejohanan Eropah 2012. Bersama Barcelona, ​​beliau memenangi 6 gelaran liga Sepanyol, serta tiga trofi Piala Kelab Dunia dan 3 Liga Juara-Juara Eropah.

“Kehidupan harus diteruskan. Saya masih mahu bersama dengan Barcelona untuk beberapa tahun lagi.” – Gerard Pique

Konfederasi bola sepak Sepanyol, Sefutbol kemudian mengeluarkan kenyataan menyokong Pique dengan menyatakan Pique menggunting lengan baju beliau kerana tidak selesa dengan lengan panjang.

Sefutbol juga menyatakan, Gerard Pique sebelum ini sudah banyak kali menggunakan baju lengan pendek. Selain itu, Sefutbol turut mengesahkan untuk jersi lengan panjang, tidak ada lilitan bendera Sepanyol. Ia hanya untuk baju lengan pendek.

Ini adalah baju lengan panjang yang digunakan oleh Sergio Ramos (gambar di bawah) dalam perlawanan tersebut, jelas menunjukkan tidak ada lilitan bendera Sepanyol untuk baju lengan panjang.

camisetamangalargasef

Baca juga:
Anda Ada Binatang Peliharaan? Pique: Ada. Namanya Marc Bartra.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN