Dikejar Atalanta Tapi AS Roma Yang Hampir Dapat Tammy Abraham

Tammy Abraham

Penyerang Chelsea, Tammy Abraham kini semakin hampir untuk menyertai kelab Serie A tetapi bukannya Atalanta.

Sebaliknya, Abraham akan menyertai AS Roma untuk bersama dengan Jose Mourinho di sana.

Sebelum ini, Atalanta adalah satu-satunya kelab Serie A yang mahukan Abraham.

Selain mereka, Arsenal dan West Ham United turut berminat dengan pemain itu.

Logik Ke Chelsea Letak Harga £40 Juta Untuk Tammy Abraham?

Menurut Sky Sports, £34 juta adalah nilai yang diterima oleh Chelsea terhadap Roma mengenai bidaan mereka terhadap penyerang tersebut.

Dan hasilnya, ia memberikan ruang kepada Abraham untuk tentukan masa depannya sama ada kekal di Chelsea dan terus tidak dapat beraksi.

Atau memulakan hidup baharu di Serie A bersama-sama Roma.

Sebelum ini, Chelsea meletakkan tanda harga sebanyak £40 juta untuk mana-mana kelab yang mahukan Abraham – dan Roma memperoleh kurang daripada jumlah permintaan itu.

Dalam masa yang sama, Chelsea agak keberatan untuk melepaskan pemain tersebut ke mana-mana kelab dalam Premier League terutamanya musuh London mereka.

Dengan ketibaan Romelu Lukaku yang semakin hampir, jadi adalah ideal untuk Abraham berpindah untuk memastikan kariernya tidak terus ‘mati’ kerana mahu kekal di London.

Sebelum ini, Abraham jelas sekali penyerang pilihan Frank Lampard namun selepas beliau digantikan dengan Thomas Tuchel semuanya berubah.

Pengurus dari Jerman itu lebih gemar menggunakan Timo Werner dan Olivier Giroud di bahagian serangan.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply