Dikecam Teruk, Lingard Minta Maaf Kerana Tweet Tak Kena Masa Pada Hari Peringatan Munich

Pemain penyerang Manchester United, Jesse Lingard meminta maaf kepada umum selepas tweet tidak kena masa ketika majlis peringatan nahas Munich untuk ke-60 tahun.

Ketika majlis sedang berlangsung, Lingard telah memuat naik status tentang bermain permainan video FIFA 18. LIngard membalas soalan di Twitter yang bertanya bila beliau dan Marcus Rashford akan datang bermain FIFA 18.

Lingard membalas: “Awak tak akan sedia melawan saya.” Ianya diikuti dengan emoji gelak.

Pada ketika tweet dihantar Lingard sendiri berada di Old Trafford untuk upacara ulangtahun peringatan itu.

Tragedi Munich kekal dalam lipatan sejarah Manchester United selepas mengorbankan 23 orang termasuk 8 pemain Manchester United.

Tweet itu dikecam teruk terutamanya daripada penyokong Manchester United sendiri. Lingard yang kemudian terperasan akan perkara itu telah memadam tweet tersebut dan meminta maaf.

Lingard menjelaskan di dalam tweet maaf beliau yang pegawai media yang menguruskan twitter beliau yang membalas tweet itu bukannya beliau.

“Salah seorang ahli dalam pasukan media saya, secara tak sengaja telah membalas tweet tersebut yang muncul di profail twitter saya pada ketika majlis peringatan Munich di Oltd Trafford.

“Saya tak sedar akan hal ini. Saya berada di majlis peringatan ketika tweet itu dihantar dan tidak tahu akan masa ‘post’ itu dimuat naik.”.

“Post itu sudah pun dipadamkan, dan saya mahu meminta maaf kepada semua yang terasa hati, ini sememangnya tidak boleg diterima langsung dan ianya tidak menggambarkan personaliti serta pandangan saya tentang hari emosional ini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram