Dikecam Kerana Buat Lawak Koronavirus, Dele Alli Minta Maaf

Pemain tengah kebangssaan England dan juga Spurs iaitu Dele Alli dikecam oleh warganet, gara-gara membuat lawak tak kena tempat.

Beliau telah membuat lawak koronavirus dengan mempersendakan seorang lelaki Asia di dalam videonya.

Dele Alli kemudian tampil dengan permohonan maaf di atas perbuatan beliau yang disifatkannya sebagai membuatkan ramai orang tersiggung. Selain itu, Delle Alli juga sedar perbuatannya membuatkan kelab dan penyokong Spurs mendapat malu.

Alli membuat lawak itu menerusi Snapchat pada Sabtu. Di mana beliau memakai topeng muka di lounge rehat lapangan terbang.

Alli kemudian menghalakan rakaman dan zoom ke arah lelaki Asia dan menggambarkan lelaki itu sedang cuba menjangkitinya dengan koronavirus.

Alli dalam kapsyennya berkata: “Korona… apa, sila dengar dengan volume. Virus ini akan menjadi lebih laju daripada itu untuk mengejar saya.”

Koronavirus telah menyerang China. Di mana beribu-ribu orang terasa impaknya. Malah kini, sudah mengorbankan lebih 800 nyawa.

Akibat daripada kecaman dan kritikan daripada ramai pengikutnya, Alli kemudian memadam video itu pada Ahad.

Pada Ahad lalu, Alli kemudian memuat naik status di platform Weibo untuk meminta maaf.

“Saya mahu memohon maaf di atas video yang saya kirim dekat Snapchat pada Sabtu. Benda itu bukan kelakar.”

“Saya tersedar dengan ketelanjuran saya dan terus memadamnya. Saya telah membuatkan diri saya dan kelab bersa sedih. Saya tidak mahu kamu semua ada tanggapan lain ke atas saya.”

“Ianya bukan perkara yang saya patut jadikan bahan jenaka. Saya nak kirimkan sayang saya dan juga doa saya kepada semua rakyat China.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram