Dikatakan Masalah Gaji, Tapi Sebenarnya Mungkin Kedah Silap Percaturan?

formasi kedah silap percaturan melaka united piala malaysia

Adakah masalah tunggakan gaji atau silap percaturan yang telah menyebabkan Kedah Darul Aman FC jatuh tersungkur di laman sendiri baru-baru ini? Berdepan Melaka United, Kedah tewas 1-3 dalam aksi Kumpulan C.

Sebuah laman sukan, CakapSukan dalam ciapan di Twitter pada Khamis lalu ada menimbulkan persoalan mengenai masalah gaji yang mungkin telah mengganggu prestasi pemain di kem Kedah ketika ini.

Menurut ciapan yang dibuat selepas Kedah tewas mengejut kepada Melaka United itu, “Kedah nie ada masalah gaji dikalangan pemain ke. Nampak berbeza sungguh aje aksi malam ini. Bersahaja. Tanya aje.”

Adakah benar Kedah sedang melalui masalah tunggakan gaji? Kedah dan masalah gaji memang seperti isi dan kuku, saban tahun kita akan mendengarnya. Seperti kata kapten, Baddrol Bakhtiar sebelum ini, “Seperti yang pernah saya katakan sebelum-sebelum ini, pasukan Kedah setiap tahun sentiasa akan ada masalah.”

Namun, itu bukanlah tanda yang Kedah sedang dilanda masalah gaji. Dan jika benar sekalipun, seperti yang Baddrol Bakhtiar katakan, beliau dan rakan-rakan sepasukan menganggapnya sebagai cabaran dalam karier.

Prestasi Kedah sebenarnya dilihat tidak pernah terganggu walaupun dilanda masalah tunggakan gaji.

Ini adalah bukti yang kekuatan ikatan persaudaraan di kalangan pemain adalah utuh. Bohonglah ia tidak menjejaskan prestasi mereka, namun mereka tetap kekal profesional termasuk barisan kejurulatihan.

Jadi, mengapa mereka telah tewas dengan pasukan yang wajar mereka tumpaskan, Melaka United?

Piala Malaysia: 2 ‘Tembakan’ Manuel Ott Rebahkan Kedah Di Alor Setar

Mungkinkah pengendali, Aidil Sharin Sahak tersilap percaturan berdepan skuad Hang Tuah? Perancangan taktikalnya dengan meletakkan Fadzrul Danel dan Baddrol Bakhtiar telah memakan dirinya malam itu.

Kedua-dua pemain tersebut diketahui bukanlah pemain yang defensive minded. Sebelum ini, Kedah akan meletakkan pemain yang lebih bersifat defensif iaitu sama ada Amirul Hisyam ataupun Anumanthan Mohan.

Dalam dua aksi pertama Piala Malaysia, Aidil Sharin mengetepikan Anumanthan Mohan dan menolak Amirul Hisyam ke posisi bek tengah bersama Renan Alves. Fadzrul Danel pula berganding bersama Baddrol Bakhtiar di jentera tengah. Berdepan Kelantan United, mungkin ia tidak terlalu mendatangkan masalah besar.

formasi kedah

Tetapi berdepan pasukan Liga Super, mungkin dengan tidak meletakkan seorang pemain tengah yang lebih defensif akan menyebabkan benteng menjadi lebih rapuh. Tiada perlindungan khusus buat mereka.

Manuel Ott yang meledak dua gol dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman dilihat tidak dikawal ketat. Malah, gol keduanya di minit ke-52 menampakkan tiada langsung pemain yang mengawalnya. Dan gol itu dihasilkan olehnya dari posisi dan zon yang seharusnya dilindungi oleh seorang pemain tengah bertahan.

Skuad Hijau Kuning gagal bertahan dengan baik. Dalam situasi gol kedua Melaka United dapat dilihat betapa lemahnya komunikasi barisan pertahanan di benteng. Empat pemain pertahanan Kedah dilihat mengerumuni Adriano sedangkan Manuel Ott dilihat bebas tanpa sebarang kawalan dan tekanan pemain pertahanan.

Tidak dipastikan mengapa ketika pertukaran pertama dilakukan, Aidil Sharin mengukuhkan jentera depan sedangkan Kedah sebenarnya lebih bermasalah ketika bertahan. Mungkin mahu lebih mengancam di depan menyebabkan mereka mempertaruhkan dua pemain segar di sayap, Fayadh Zulkifli dan Faizat Ghazli.

Kedah juga dilihat lambat membaiki kerosakan di jentera tengah yang sepatutnya melindungi benteng dan berupaya untuk menjana asakan. Baddrol Bakhtiar dan Fadzrul Danel adalah pemain yang memiliki kekuatan yang hampir sama dan berisiko digandingkan sekiranya berdepan pasukan seperti Melaka United.

Jadi, ia nampak lebih kepada silap percaturan berbanding masalah tunggakan gaji di Kedah. Jika benar ada masalah tunggakan gaji, diharapkan pihak pengurusan dapat menyelesaikannya dengan kadar segera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN