Dikaitkan Berpisah Dengan Kedah, Aidil Sharin Pilih Untuk Kekal

Kerjasama Semuanya BOLA

Aidil Sharin Kedah Kelayakan ACL 2020

Sebaik saja Piala Malaysia 2020 disahkan batal, apa yang menarik mengenai bola sepak Malaysia hanyalah mengenai cerita perpindahan berkenaan pemain di negara kita.

Terdapat pelbagai khabar angin mengenai pemain berpindah ke sana dan ke sini, ada yang sudah sah namun masih banyak yang belum pasti.

Jurulatih juga tidak terkecuali, terdapat pelbagai kisah menarik mengenai pergerakan pengendali pasukan keluar dan masuk.

Salah seorangnya adalah jurulatih Kedah iaitu Aidil Sharin.

Selepas tamat musim 2020, kedudukan beliau sebagai pengendali Kedah menjadi tanda tanya sama ada dirinya hendak terus kekal atau pun tidak.

Walaupun sebelum ini presiden Persatuan Bolasepak Kedah iaitu Sanusi Md Nor yang Aidil akan terus bersama-sama dengan Kedah musim depan, terdapat spekulasi mengatakan pengendali dari Singapura itu akan diganti.

Sebelum ini terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mario Gomez dikaitkan dengan posisi jurulatih di Kedah.

Namun begitu, ianya telah dipastikan yang Aidil memilih untuk terus kekal di Darul Aman menjelang musim baharu.

Aidil dilaporkan memilih untuk kekal bersama-sama Kedah selepas menandatangani kontrak lanjutan untuk membawa cabaran pasukan itu di peringkat Asia musim hadapan.

Sunggupun begitu, seorang lagi warga Singapura iaitu Shakir Hamzah memilih untuk meninggalkan Kedah.

Beliau yang beraksi di bahagian pertahanan menjadi pemain import yang meninggalkan Kedah musim ini sementara Kpah Sherman, Tcheche Kipre dan Renan Alves dalam proses untuk dikekalkan.

Selain Shakir, Amin Nazari juga tidak dilanjutkan kontrak.

Baca juga artikel kami mengenai Aidil Sharin:

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Aidil Sharin Belum Buat Keputusan Masa Depannya Bersama Kedah

Aidil Sharin Harap Ifwat Akmal Sempat Pulih Berdepan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram