Dietmar Hamann: Thiago Alcantara Tidak Menjadikan Liverpool Lebih Baik

Thiago Alcantara

Bekas pemain Liverpool, Dietmar Hamann mengakui kehadiran Thiago Alcantara tidak menjadikan The Reds lebih baik malah rekrut kelahiran Sepanyol itu disifatkan sebagai melambatkan proses serangan kelab tersebut.

Hadir ke Anfield dengan reputasi hebat setelah membantu Bayern Munich meraih kejuaraan ‘treble’ pada musim lalu, besar harapan untuk melihat Thiago memberikan sumbangan berkesan buat juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bagaimanapun, selepas lapan perlawanan dilalui yang mana enam daripadanya dalam kempen EPL, tidak ada sumbangan besar dapat dijelmakan oleh Thiago sehingga membuatkan Hamann mempersoalkan kredibibilitinya pada ketika ini.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Thiago juga terlepas 16 perlawanan susulan kecederaan lutut dialami manakala diketepikan pada empat lagi aksi selepas beliau disahkan positif COVID-19.

”Dia tidak banyak bermain kerana mengalami kecederaan,” ujar Hamann menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.

”Kita telah melihat beberapa pemain terbaik di Eropah mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan liga Inggeris. Saya merasakan kita akan melihat Thiago yang lebih baik.”

”Liverpool sentiasa menjadi pasukan yang akan memainkan bola ke depan dengan pantas. Saya tahu pasukan lawan akan mengundur ke belakang susulan keadaan tersebut, tetapi ia tidak bermakna dengan melambatkan permainan akan membantu mereka.”

”Thiago merupakan pemain yang sentiasa mahukan penguasaan bola. Dia mendapat 120 sentuhan dalam satu-satu perlawanan dan ketika dia mahukan bola, pemain pertahanan dan bek sisi akan berusaha memberikan bola kepadanya kerana mereka tahu dia merupakan ‘playmaker’.”

”Menjadi masalah buat mereka adalah ketika mereka gagal memberikan bola dengan pantas buat Salah atau Mane. Liverpool sentiasa membahayakan sekiranya bola dapat di kaki Mana atau Salah dengan pantas.”

”Lebih pantas mereka [Salah atau Mane] mendapat bola, mereka mempunyai lebih masa untuk berlari ke arah pertahanan lawan. Mane dan Salah memang sukar dibendung apabila mereka berlari ke arah pertahanan dengan begitu pantas.”

”Dinamika pasukan akan berubah dan saya tidak yakin apakah perubahan itu akan menjadi lebih baik buat dia [Thiago] dalam pasukan ini. Dia merupakan seorang pemain yang hebat, langsung tiada keraguan terhadap perkara itu.”

”Tetapi, adakah dia pemain yang benar-benar diperlukan Liverpool? Saya tidak terlalu yakin,” tambah Hamann lagi.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Alcantara:

RASMI: Thiago Alcantara Lengkapkan Perpindahan Ke Liverpool

Liverpool Setuju Bayar €30 Juta Untuk Thiago Alcantara

Bagaimana Thiago Alcantara Melakukan Proses Pemulihan Kecederaan Lututnya

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

  • Sebenarnya bagi aku lah thiago okay dah, banyak completed passes tapi maybe dia gagal create chance… just passing2 gitu je

Leave a Reply