Diego Simeone Berkeras Griezmann Lebih Layak Menang Ballon d’Or Berbanding Ronaldo

Diego Simeone memberikan pendapat peribadi beliau berkenaan dengan anugerah Ballon d’Or pada tahun ini. Simeone yakin Cristiano Ronaldo akan memenangi anugerah berprestij itu untuk kali ke-4.

1421772113_1400x9388-e1421088368137

Namun secara peribadinya, berdasarkan aksi di atas padang Simeone merasakan anak buah beliau – Antoine Griezmann merupakan pemain terbaik di Eropah pada musim lalu berbanding dengan mana-mana pemain.

Bercakap kepada Movilla, beliau berkata:

“Jika anda mahu mencari siapa yang layak, bagilah mereka atas apa yang mereka telah capai. Jadi, Cristiano Ronaldo wajar untuk dipilih.”

download

“Saya berpendapat Griezmann adalah yang terbaik. Rasanya, Ronaldo tidak bermain dengan baik pada final Liga Juara Juara Eropah. Dalam final Piala Eropah pula dia mengalami kecederaan.”

“Pada musim lalu, Griezmann beraksi sangat baik sepanjang musim. Dan jika nama beliau tidak ada dalam senarai finalist, ia adalah satu kesilapan.”

“Sebagai pemain terbaik Piala Eropah dan juga penjaring terbanyak Piala Eropah 2016, Griezmann layak untuk mengiringi Ronaldo dalam senarai finalist.”- Diego Simeone

republic-of-ireland-france-euro-2016_3490836

Beberapa bintang lain seperti Paul Pogba, Neymar termasuk Griezmann sendiri berpendapat anugerah berprestij itu akan dirangkul oleh Cristiano Ronaldo sekali lagi.

Sebagai rekod, Cristiano membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2016 melalui sepakan penalti kemenangan.

Beliau juga berjaya membantu Portugal menjuarai Piala Eropah 2016 walaupun hanya beraksi 25 minit sahaja dalam perlawanan akhir. Namun sumbangan beliau pada berberapa perlawanan sebelum itu adalah penting.

Baca juga : Cristiano Ronaldo v Griezmann; Statistik Yang Anda Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram