Diego Costa Masih Di Brazil, Tidak Mahu Sertai Latihan Pra Musim Pertama Chelsea

AS melaporkan Diego Costa masih belum pulang ke London. Sedangkan latihan pertama pra musim Chelsea akan diadakan Isnin di London.

Costa masih lagi berada di Brazil dan masih kecewa dengan Antonio Conte. Tetapi cara beliau ini melanggar terma di dalam kontrak. Beliau masih kekal sebagai pemain Chelsea.

Chelsea dijangka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pemain tersebut. Latihan pra-musim amat penting untuk memastikan pemain dalam kondisi terbaik.

Apa yang dilakukan Costa ini juga boleh membuatkan harga beliau semakin susut di pasaran perpindahan pemain.

Laporan AS juga menyebut yang Costa mahu mendesak pengurusan Chelsea menjual beliau ke Atletico. Beliau hanya membisu dengan panggilan untuk kembali ke semula ke pusat latihan.

AS memberitahu yang Atletico sudah mengemukakan tawaran £30 juta untuk penggempur antarabangsa Sepanyol itu. Namun Chelsea mahukan lebih daripada angka tersebut.

Ini kerana Costa cemerlang membantu Chelsea untuk menjuarai EPL pada musim lalu. Atletico masih dalam proses digantung daripada perpindahan masuk pemain.

Ini bermakna, jika mereka mendapatkan Costa, mereka harus menunggu 6 bulan lagi untuk mendaftarkan pemain ini ke dalam pasukan beliau.

Costa sebelum ini bertegas yang beliau hanya mahu balik ke Atletico. Terdapat tawaran dari kelab China, tetapi Costa menolak tawaran tersebut.

Hal ini kerana Diego Costa tidak mahu kedudukan beliau dalam skuad Piala Dunia 2018 Sepanyol terancam.

Sumber

AS – https://futbol.as.com/futbol/2017/07/09/primera/1499611746_971379.html?autoplay=1#

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply