Didenda £8,000 Kerana Judi Bola Sepak, Paul Scholes Minta Maaf

Legenda Manchwster United dan juga pundit bola sepak terkemuka, Paul Scholes meminta maaf di atas kesilapan beliau terlibat dalam judi pertaruhan bola sepak.

Paul Scholes didenda £8,000 dan diberikan amaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Scholes melakukan 140 pertaruhan dalam masa 4 tahun – dari Ogos 2015 sehingga Januari 2019. Salah satu daripada pertaruhan yang beliau letakkan adalah untuk Valencia mengalahkan Barcelona.

Beliau melanggar kesalahan berjudi itu kerana ada kepentingan dalam pasukan profesional Salford City. Scholes memiliki saham 10% di kelab tersebut – yang dimiliki oleh beliau dan rakan-rakan ‘The Class of 92’.

Seterusnya, Scholes pernah menjadi pengurus di Oldham Atletic selama 31 hari pada musim lalu. Secara tidak langsung, Paul Scholes melanggar Peraturan E8 – FA England.

Bercakap kepada Telegraph, Scholes mengakui kesilapannya dan meminta maaf. Legenda Manchester United itu berkata: “Saya menerima hukuman yang dijatuhkan pada minggu lalu.”

Scholes kemudian menjelaskan beliau tidak tahu yang beliau tidak boleh bertaruh dalam mana-mana perlawanan walaupun ianya bukan perlawanan yang ada kepentingan dengan beliau.

“Saya mahu meminta maaf dan faham serta menerima semua denda yang dikenakan oleh pihak FA [England]. Ianya kesilapan yang jelas namun saya tidak sengaja melanggar peraturan itu.”

“Saya tersilap kerana percaya sebelum ini pertaruhan saya adalah peribadi dan pertaruhan yang saya buat tiada kaitan dengan perlawanan yang ada kepentingan dengan saya [selaku pemegang saham kelab serta pengurus].”

“Walaubagaimanapun, sekarang saya sudah faham. Namun saya tidak perlu memberikan penjelasan lebih untuk kes ini buat masa ini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram