Dianggap Pakar Penalti Olimpik, Oyarzabal Kongsi Cara Ambil Sepakan Yang Baik

Sepanyol berjaya mara ke separuh akhir Sukan Olimpik juga harus berterima kasih kepada Mikel Oyarzabal, selepas sepakan penalti pemain itu berjaya membunuh terus tentangan Ivory Coast dalam perlawanan cukup getir yang berlanjutan sehingga ke masa tambahan.

Oyarzabal mempunyai rekod cemerlang menyempurnakan sepakan penalti. Beliau telah menjaringkan banyak gol melalui sepakan penalti di peringkat kelab, bersama Real Sociedad.

Antara penalti penting yang disempurnakan oleh Oyarzabal ialah ketika membantu Real Sociedad muncul juara Copa del Rey pada musim 2019/20. Kebolehan Oyarzabal turut dimanfaatkan Sepanyol ketika kejoahanan Euro 2020 yang lalu.

Dalam satu sidang media di Sukan Olimpik, pemain sayap kiri berusia 24 tahun itu tidak lolek berkongsi cara dan rutin untuk mengambil sepakan penalti yang baik.

“Kebiasaannya anda cuba untuk memiliki rutin dengan menyempurnakan sepakan ke arah yang sama, corak larian yang sama, bertujuan untuk memberikan keyakinan dan kekuatan mental,” jelas Oyarzabal.

“Itulah yang anda perlukan iaitu untuk tenang dan yakin, selain daripada fokus.

“Dan apabila sedang melakukan larian, anda cuba menunggu dan melihat [kedudukan/arah] penjaga gol, tetapi ada masa anda harus percayakan sahaja sepakan ke arah tertentu dan memberi tekanan kepada larian sebelum sepakan.

“Penjaga gol pada hari ini mengkaji banyak mengeai penalti, dan mereka mungkin tahu apa yang akan anda mahu lakukan.

“Semalam saya berfikir dengan cara lain. Mungkin untuk sepakan seterusnya saya akan mempertimbangkan cara sepakan penalti yang berbeza.

“Ia lebih kepada keyakinan terhadap apa yang anda rancang mahu lakukan.”

Sepanyol bakal berhadapan cabaran berliku di separuh akhir Sukan Olimpik apabila bakal berhadapan tuan rumah, Jepun yang beraksi cemerlang sepanjang temasya berlangsung.

Namun demikian, skuad Jepun bukan pasukan yang asing bagi Oyarzabal dan rakan sepasukan yang lain. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam perlawanan persahabatan sebelum Sukan olimpik bermula, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Jika keadaan sama berulang dan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti, sudah pasti kepakaran seperti yang dimiliki Oyarzabal sekali lagi ditagih untuk Sepanyol memburu tempat ke perlawanan akhir.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply