Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus

Jerman kembali menampilkan bola sepak memukau apabila mudah menundukkan juara bertahan, Portugal 4-2 pada aksi kedua saingan Kejuaraan Euro 2020 yang berlangsung di Allianz Arena, pada malam tadi.

Berstatus gergasi bola sepak dunia, aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Jerman lebih banyak mengawal permainan dan bijak dalam menyempurnakan peluang terhidang.

Bagi Jerman, kemenangan ini melayakkan mereka terus ke pusingan 16 pasukan terbaik. Portugal pula harus menang perlawanan terakhir menentang Perancis untuk sebarang peluang mara ke pusingan seterusnya.

Namun sebelum itu, mungkin Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan mahu merenung kembali rekod buruk yang mengaibkan yang telah dihasilkan oleh mereka sendiri selepas kekalahan kepada Jerman dalam perlawanan tersebut. Berikut adalah rekod sendiri dan rekod kejohanan yang Portugal hasilkan.

Gol sendiri paling banyak

Tewas 4-2 kepada Jerman, apa yang paling malang buat Portugal ilah separuh daripada jaringan yang dilepaskan untuk Jerman adalah sumbangan dari gol sendiri.

Dua pilih minit kemudian, Jerman menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Ruben Dias melalui satu hantaran silang Jerman.

Empat minit berselang Raphael Guerreiro pula menjaringkan gol sendiri juga berpunca dari hantaran silang dan terus meletakkan Jerman di depan.

Tidak keterlaluan jika kita mahu menyifatkan cara kebangkitan Jerman di dalam perlawanan ini amat kejam buat Portugal. Ini menjadikan Portugal sebagai pasukan pertama yang dibolosi lebih dari satu gol sendiri dalam satu perlawanan di mana-mana kejohanan utama (Euro dan Piala Dunia).

Juara bertahan paling teruk

Aib kedua yang perlu ditahan oleh Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan yang lain ketika tewas kepada Jerman ialah hakikat bahawa mereka menjadi juara bertahan pertama yang dibolosi empat gol dalam kejohanan berikutnya.

Dua gol sendiri yang dihasilkan oleh Portugal ketika menentang Jerman pula menjadikan Euro 2020 sebagai kejohanan Euro paling banyak gol sendiri setakat ini. Ini menjadikan Portugal sebagai juara bertahan Euro paling teruk dibolosi dalam satu perlawanan di kejohanan berikutnya.

Untuk rekod, hanya empat gol sendiri dijaringkan dari Euro 2008 sehingga Euro 2016 sebelum ini. Euro 2020 baru melalui pusingan kedua peringkat kumpulan.

Rekod memalukan menentang Jerman

Rekod pertemuan Portugal kepada Jerman sememangnya amat buruk. Termasuk perlawanan ini, lima pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan sejak 2006 berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Jerman.

Jerman turut menewaskan Portugal 4-0 di Piala Dunia 2014, dan kali terakhir kemenangan memihak kepada Portugal ialah 20 tahun lalu, apabila skuad yang mengandungi pemain seperti Luis Figo menewaskan Jerman 3-0 di Euro 2000.

Ia pasti menjadi satu rekod yang Ronaldo dan Portugal mahu padamkan.

Penutup

Berdasarkan kedudukan semasa Kumpulan F, Portugal tiada pilihan lain selain daripada untuk menang ke atas Perancis di perlawanan terakhir nanti.

Dua perkara pasti yang harus dielakkan oleh Portugal untuk perlawanan seterusnya ialah untuk mengelakkan gol sendiri, dan juga untuk tidak dibolosi sebegini banyak – jika mahu mengintai peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

 

Baca artikel menarik mengenai Portugal:

Gol Antarabangsa Ke-99 Cristiano Ronaldo Bawa Portugal Ke EURO 2020

Joao Felix Idam Cipta Gemilang Seperti Cristiano Ronaldo

Bernardo Silva Bangga Raih Kejuaraan Sulung Bersama Portugal

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN