‘Dia Pernah Main Sana?’ – Senarai Pemain Bersama Kelab Yang Mungkin Tidak Disangka

Harry Kane kelab Leicester tidak disangka

Masih ingat kapten England, Harry Kane pernah bermain untuk Leicester City? Mungkin ada yang sudah lupa atau tidak disangka beliau pernah berada di kelab itu.

Satu posting di Reddit telah meninggalkan persoalan mengenai ‘He played there?‘ dan meminta pembaca meletakkan nama pemain dan kelab yang diwakili mereka yang mungkin akan mengejutkan semua atau mengembalikan memori semula.

Marco Materazzi (Everton)

Lagenda Inter Milan dan Itali ini pernah beraksi bersama Everton di Premier League pada musim 1998/99 di mana Manchester United meraih kejuaraan treble – liga, FA Cup dan Champions League. Mungkin tidak diingati, beliau membuat 27 penampilan.

Daripada 27 penampilan itu, Materazzi telah dilayangkan kad merah sebanyak tiga kali dan telah berjaya meledak dua gol – satu dalam aksi liga ketika menentang Middlesbrough dan satu lagi berdepan Huddersfield Town di saingan League Cup.

Fabinho (Real Madrid)

Sebelum mencipta nama di Monaco dan kini Liverpool, Fabinho pernah beraksi bersama gergasi La Liga, Real Madrid – walaupun hanya satu perlawanan. Pada musim 2012, beliau dipinjamkan ke Real Madrid oleh kelabnya, Rio Ave.

Debut bersama Los Blancos didapatinya pada Mei 2013, beraksi selama 14 minit, Fabinho masuk menggantikan Fabio Coentrao dan membuat assist untuk Angel Di Maria ketika menang 6-2 ke atas Malaga dalam saingan La Liga.

Jan Oblak dan Ederson bermain bersama di Rio Ave

Bercakap mengenai Rio Ave yang meminjamkan Fabinho, ada dua penjaga gol terkemuka dunia saat ini pernah bermain bersama di sana pada musim 2012/13. Oblak yang kini bersama Atletico Madrid merupakan penjaga gol utama ketika itu.

Sementara pemenang anugerah Golden Glove Premier League 2019/20, Ederson pula yang berusia 18 tahun ketika itu – muda setahun daripadanya, adalah pemain backup kepadanya. Oblak hanya beraksi secara pinjaman daripada Benfica.

David Beckham berganding bersama David Moyes di Preston

Sebelum menjadi bintang terkenal dunia, David Beckham telah dipinjamkan oleh Manchester United ke Preston untuk meraih pengalaman pada musim 1994/95. Di sana, beliau bermain bersama bek tengah yang kini pengurus, David Moyes.

Beckham melalui musim yang baik di Preston apabila meledak dua gol daripada lima penampilannya sebelum kembali ke Manchester United dan membuat debut pada April 1995. Sementara Moyes pula menamatkan karier di Preston selepas itu.

Shkodran Mustafi (Everton)

Satu lagi pemain yang ada kaitan dengan Everton adalah bek tengah Arsenal kini, Shkodran Mustafi. Bersama akademi Everton selama tiga musim dan beliau juga pernah menolak untuk menyertai Manchester City serta Newcastle United.

Mustafi kemudian berhijrah ke Serie A menyertai Sampdoria (2012 hingga 2013) dan kemudian ke La Liga bersama Valencia (2014 hingga 2016). Setelah beberapa musim, beliau akhirnya kembali ke tempatnya bermula menyertai Arsenal.

Alexis Sanchez dan Radamel Falcao (River Plate)

Kedua-duanya pernah bergandingan di River Plate dengan kelab tersebut diuruskan oleh Diego Simeone. Gandingan yang menakjubkan bukan? Falcao merupakan pemain utama kelab tersebut dan Sanchez dipinjam daripada Udinese.

Pada musim 2007/08, gandingan mereka berjaya memberikan kejuaraan Argentine Primera Division Clausura kepada River Plate. Mereka masih bermain, Sanchez kini bersama Inter, sementara Falcao atau El Tigre pula bersama Galatasaray.

Pierre-Emerick Aubameyang (AC Milan)

Aubameyang menyertai AC Milan sebagai pemain muda pada Julai 2007 dan sebulan kemudian beliau datang ke Malaysia bersama skuad tersebut menyertai Youth Cup 2007 – di mana mereka menamatkan kejohanan di kedudukan ke-4.

Aubameyang telah meledak enam gol. Menariknya, mereka telah diletakkan satu kumpulan bersama kelabnya kini, Arsenal di Kumpulan A yang dilangsung di Stadium Darul Aman. Selepas empat musim, beliau dilepaskan tanpa sebarang aksi.

Penutup

Itu adalah antara beberapa pemain yang mungkin anda masih ingat atau mungkin tidak disangka mereka pernah menyertai kelab-kelab tersebut. Ada lagi yang mungkin anda rasa ia boleh disebut dan mampu mendatangkan memori lama?

Atau mungkin ada lagi pemain yang layak untuk disebut disebabkan tiada siapa tahu akannya? Kongsikan bersama kami di ruangan komen ya. Kami tunggu!

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN