‘Dia Aset Berharga United’ – Solskjaer Gembira McTominay Sambung Kontrak

Ole Gunnar Solskjaer Scott McTominay

Scott McTominay telah menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkan di Manchester United sehingga Jun 2025 dengan pilihan sambungan untuk setahun.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu membuat debut pada 2017 berdepan Arsenal dan telah beraksi dalam 75 penampilan untuk skuad utama dan menjaringkan enam gol.

Selepas menandatangani kontrak baharu, pemain antarabangsa Scotland itu bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk terus berada di Old Trafford untuk tempoh lima tahun lagi.

“Walapun saya faham ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan ketika ini, saya sangat gembira berpeluang untuk menandatangani kontrak baharu ini dan memainkan peranan penting untuk pasukan ini pada masa hadapan,” kata McTominay kepada laman web rasmi United.

“Dalam fikiran saya hanya ada United dan harap komitmen saya untuk kelab ini dapat dibuktikan setiap kali saya diberi peluang beraksi. Saya akan terus berikan segalanya selagi masih menyarung jersi pasukan ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada pengurus di atas kepercayaan yang beliau berikan kepada saya dan semua orang di kelab ini yang banyak membantu saya sehingga saya berada di tahap ini pada hari ini.

“Saya tidak sabar untuk menamatkan musim ini dengan mendapatkan keputusan terbaik dan mencapai sasaran pasukan.”

Sementara itu, Ole Gunnar Solskjaer sangat senang hati dengan perekembangan tersebut dan meletakkan harapan tinggi agar pemain tengah itu akan terus menjadi watak penting dalam pasukannya.

“Scott telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sejak saya tiba di sini dan menjadi pemain penting di bahagian tengah. Kami tahu Scott akan menjadi aset utama pasukan dalam beberapa tahun mendatang.”

McTominay direkrut oleh akademi Manchester United ketika berusia lima tahun semasa menyertai satu program pembangunan di Preston. Bermula sebagai penyerang ketika remaja, beliau kemudian ditukar ke posisi tengah oleh jurulatih skuad simpanan United, Warren Joyce.

Dengan kehadiran Bruno Fernandes, bahagian tengah United kini boleh dianggap lengkap dan berharap gandingannya dengan Paul Pogba dan McTominay boleh mencapai keserasian terbaik dalam masa terdekat.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Scott McTominay dan Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN