Depay Dianggap Berpotensi Jadi Pengganti Messi Yang Paling Sempurna

Penandatanganan musim panas Barcelona, Memphis Depay terpaksa menggalas tugas berat sejak beliau ditandatangani oleh gergasi Catalan itu.

Beliau terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain terhebat sepanjang zaman, Lionel Messi yang kini sedang beraksi bersama Paris Saint Germain.

Memphis ditandatangani secara percuma sahaja pada musim panas ini, selepas kontraknya bersama Lyon tamat pada penghujung musim lalu.

Beliau ketika awal ditandatangani berasa sangat teruja untuk beraksi bersama Lionel Messi dan bertekad mahu membantu Barca memenangi pelbagai kejuaraan.

Walau bagaimanapun, bintang Belanda itu mendedahkan yang beliau bukan hanya tidak sempat beraksi bersama Messi, tetapi beliau juga tidak sempat mengucapkan ‘hello’ pada legenda kelab itu, yang terpaksa meninggalkan kelab dan berhijrah ke Perancis.

Barcelona hanya mampu mendaftarkan nama Memphis Depay ke dalam skuad mereka pada awal bulan ini, selepas Gerard Pique bersetuju untuk menerima pemotongan gaji yang banyak.

Pemain kebangsaan Belanda itu sudah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan ketika beraksi dalam beberapa perlawanan untuk kelab barunya itu.

Memphis turut berjaya mencatatkan assists untuk Gerard Pique ketika aksi kemenangan 4-2 Barca menewaskan Real Sociedad hujung minggu lalu, dalam aksi perlawanan pembukaan saingan La Liga.

Pemain berusia 27 tahun itu kemudiannya berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kompetetif untuk Barca, ketika aksi bertemu Athletic Bilbao di San Mames semalam.

Inigo Martinez meletakkan pasukan tuan rumah satu gol du hadapan tidak lama selepas rehat separuh masa, namun Memphis berjaya memadam gol pendahuluan itu untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-75 permainan.

Barcelona kembali bernafas dibantu persembahan Depay

Pemain penyerang yang pernah melalui karier suram selama dua musim di Old Trafford itu dilihat berpotensi untuk memukau peminat dengan kemampuan dan kebolehan yang beliau miliki.

Beliau juga sepertinya bakal mampu untuk menutup mulut para pengkritiknya dengan aksi hebat dan impak yang diberikan olehnya di atas padang.

Memphis telah menerima pujian yang menggunung dari para peminat dan media selepas memenangi anugerah pemain terbaik dalam aksi perlawanan bertemu Bilbao.

Beliau bahkan turut dianggap sebagai pengganti Messi yang paling tepat pada ketika ini, dan bakal membawa Barca ke tempat yang selayaknya mereka berada.

Video di bawah merupakan rangkuman aksi Depay ketika bertemu Bilbao dan ia sudah cukup untuk membuktikan mengapa Barca dianggap kembali bernafas dengan adanya beliau.

Tidak dinafikan yang Memphis masih baru di Nou Camp dan sudah tentu terlalu awal untuk memuji impaknya sekarang, namun potensi yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk memberi kelegaan pada kem Barcelona.

Beliau turut berjaya menarik minat para penyokong dengan menunjukkan ‘winning mentality’ ketika bercakap dalam temu bualnya bersama media selepas tamat perlawanan.

Beliau ketika itu mengakui yang dirinya tidak begitu gembira dengan kejayaannya menjaringkan gol pertama, kerana gol itu tidak membantu Barca untuk mengutip tiga mata penuh.

Barcelona hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Athletic Bilbao, dan mereka sudah bersedia untuk bertemu Getafe minggu hadapan.

Tidak dinafikan sememangnya tidak akan pernah ada mana-mana pemain di muka bumi ini yang bakal menggantikan Messi, mahu melakukan apa yang sudah dilakukan olehnya untuk Barca.

Namun, kehadiran Memphis sepertinya bakal membantu Barca untuk terus berkembang dan memulakan era baru selepas berakhirnya era Lionel Messi.

Pengurus kelab, Ronald Koeman sendiri turut memuji aksi hebat yang dipamerkan oleh Memphis Depay dalam perlawanan tersebut dengan menyatakan:

“Dia menjaringkan gol yang sungguh hebat dan turut berpeluang untuk menggandakan jaringannya.”

Jelas Koeman.

“Kita mesti puji sikap yang ditunjukkan oleh para pemain walau kita sedang ketinggalan. Memphis mempunyai keberkesanan, kelajuan, kekuatan. Dia seorang pemain yang hebat, sebab itu kita tandatangani dia. Kamu sememangnya perlu ada personaliti, permintaan di sini agak tinggi dan dia galas tanggungjawab itu dengan baik.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN