Dennis Bekking: Kemudahan AMD Sebenarnya Bertaraf Eropah

Kerjasama Semuanya BOLA

Dennis Bekking AMD

Sebelum dilantik sebagai Pengarah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) mungkin nama Dennis Bekking tidak pernah didengari oleh mana-mana rakyat Malaysia.

Ketibaannya pada penghujung tahun lepas tentunya agak mencabar memandangkan beliau perlu menggantikan tempat seorang jurulatih berpengalaman, Lim Tiong Kim yang mempunyai reputasi besar kerana pernah menjadi jurulatih skuad remaja Bayern Munich.

Dennis Bekking yang berasal dari wilayah Overijssel, Belanda memulakan karier dalam bidang kejurulatihan pada 2002 sebagai Ketua Unit Pembangunan Skuad Remaja PEC Zwolle merangkap jurulatih skuad bawah 12 tahun (B-12) dan B17. Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih dan penganalisis teknikal untuk skuad utama kelab Eredivisie itu.

Kemudian pada 2009 beliau berhijrah ke FC Twente dengan peranan yang sama dalam memberi tumpuan kepada pembangunan di peringkat akar umbi apabila dilantik menjadi Pengarah Akademi kelab tersebut dan ditugaskan untuk menyelia latihan serta bengkel kejurulatihan bagi membangunkan bakat-bakat muda.

Selepas itu beliau meneruskan kerjayanya ke kelab divisyen ke-2 Belanda, Go Ahead Eagles FC pada 2016 sebagai Pengurus Teknikal dan Pengarah Sukan bagi menguruskan hal teknikal pasukan utama, kedua dan akademi.

Dalam satu temubual bersama Koppa TV, Dennis berkongsi pengalaman awalnya semasa tiba di negara ini dan mengakui sangat gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap dirinya.

“Kali pertama saya datang ke sini adalah pada Disember lepas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara ini, rakyatnya dan juga AMD dan NFDP.

Posted by Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari on Friday, 6 March 2020

“Sebenarnya saya agak terkejut. Sejujurnya pada awalnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi atau menetapkan sebarang visi selain dari sedikit maklumat yang orang kongsikan dengan saya [tentang AMD].

“Tetapi apabila tiba di sini, saya kagum dengan kemudahan yang ada. Malah warga AMD menerima dengan baik ketibaan saya. Jadi itu satu pengalaman yang sangat positif.”

Pernah berkhidmat dengan sebuah kelab yang tentunya berada pada tahap yang boleh dianggap jauh lebih tinggi daripada Malaysia, Bekking ditanya apakah perbezaan ketara yang boleh beliau lihat antara akademi FC Twente dan AMD.

“Kemudahan yang dibina di Gambang [AMD] ini sebenarnya standardnya adalah bertaraf Eropah dan saya boleh katakan pemain di sini banyak yang baik dan berkualiti.

Posted by Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari on Monday, 10 June 2019

“Saya tak tahu, mungkin ini adalah budaya di Asia yang terlalu merendah diri walaupun banyak perkara yang sebenarnya anda boleh banggakan,” kata pemegang Sarjana Kepimpinan Sukan dari Universiti Salford Belanda itu

Mengenai situasi semasa di mana semua sesi latihan dan perlawanan bola sepak yang terpaksa dihentikan ekoran pandemik COVID-19, Bekking telah meminta semua jurulatih AMD untuk melakukan pembelajaran serta tugasan pembangunan.

Manakala pemain pula diwajibkan menjalani latihan fizikal untuk mengekalkan kecergasan mereka serta menganalis permainan mereka.

“Kami juga melaksanakan kursus webinar dengan jurulatih dari United Kingdom dan Belanda.

“Semua orang tahu kami mempunyai 250 hingga 300 orang pemain dan lebih 40 orang pekerja sepenuh masa. Pada dasarnya, semua perkara perlu dilakukan secara atas talian dan kami cuba menjadi lebih kreatif. Ia adalah perkara yang menyeronokkan tetapi agak mencabar.

“Peranan saya adalah untuk membantu semua jurulatih dan pemain buat yang terbaik dalam segala aspek. Jika anda boleh lihat, peranan sebagai jurulatih berprestasi tinggi adalah memberikan persekitaran pembelajaran yang optimum.

“Mereka perlu mewujudkan suasana yang semua orang rasa selesa tetapi dalam masa yang sama mencabar demi melahirkan lebih banyak pemain untuk pasukan kebangsaan dan menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesional mereka selepas meninggalkan AMD.”

Seramai 3 orang pemain AMD terpilih dalam Senarai Akhir 20 Pemain Skuad B-22 Kebangsaan Ke Sukan SEA 2019.Untuk mereka bertiga, selamat berjaya kami ucapkan. Kami bangga dengan anda semua.

Posted by Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari on Friday, 22 November 2019

Kami dari SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya buat Dennis Bekking di AMD dan mendoakan semoga beliau dan semua jurulatih teruskan usaha melahirkan pemain berbakat dan seterusnya mampu membawa Malaysia ke satu tahap yang jauh lebih baik pada masa akan datang.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai AMD:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram