Denmark Ikat Perancis, Iringi Les Bleus Ke Kalah Mati

Aksi Denmark dan Perancis adalah misi hidup mati pasukan Denmark yang mahu mengelakkan daripada kekalahan dalam perlawanan ini.

Seperti dijangka, Perancis melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama mereka.

Perancis berjaya mengelak daripada memberikan penalti selepas VAR mendapati tiada kekasaran ke atas Braithwaite yang terjatuh di dalam kotak penalti.

Awal 20 minit pertama, Denmark ternyata bermain sangat baik dengan beberapa kali serangan mereka sampai ke kotak penalti Perancis. Les Bleus menguasai perlawanan namun gagal mencipta peluang gol.

Ousmane Dembele mendakwa Zanka ‘handball’ namun pengadil tidak mengendahkannya. Denmark kemudian bermain sangat defensif dan menyerap asakan pasukan Perancis di blok rendah mereka.

Minit ke-38, Griezmann berjaya meloloskan diri daripada kawalan di dalam kotak penalti, namun percubaan beliau terus kepada Kasper Schmeichel.

Separuh masa pertama berakhir 0-0. Dalam kedudukan ini, kedua-dua pasukan akan mara.

Minit ke-53 Denmark, Cornelius gagal menyambar bola muntah daripada tangan Madanda selepas sepakan percuma Eriksen. Pada separuh masa kedua, perlawanan masih berada dalam intensiti rendah daripada kedua-dua pasukan.

Kemasukan Fekir dan Mbappe memperbaiki kualiti pasukan Perancis di hadapan. Namun masih gagal untuk memecahkan kubu pertahanan Denmark.

Perlawanan berakhir 0-0. Keputusan ini membolehkan Denmark mengiringi Perancis ke kalah mati.

https://twitter.com/UNILADFooty/status/1011594938126077952

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram