Dengan Serendah RM7.90, Anda Boleh Saksikan Aksi EPL Dimana Saja!

Premier League sooka

PLatform penstriman tempatan, sooka telah menawarkan pakej langganan yang menarik buat peminat Premier League di Malaysia bagi musim 2021/2022.

Pengguna platform tersebut boleh melanggan pakej strim Premier League bagi 380 perlawanan melibatkan kesemua 20 pasukan musim ini.

Dengan langganan tersebut anda boleh menonton semua aksi-aksi terbaik dari saingan divisyen utama England dengan langgan hanya RM41.90 sebulan.

Menerusi pakej yang ditawarkan, anda boleh menonton aksi di telefon pintar anda sama ada Apple iOS atau Google Play Store dimana sahaja!

Menurut Ketua Kandungan sooka, Mark Francis, tawaran ini dibuat selari dengan selera rakyat Malaysia yang gemarkan menonton aksi sukan terutamanya Premier League.

““Kita amat memahami bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia adalah peminat sukan.”

“Sebab itulah kami ingin menjadikan sooka sebagai satu hab bagi memanfaatkan peminat sukan untuk berhimpun dan menikmati pengalaman strim hebat pada nilai yang amat berpatutan, serta pilihan pembelian pelan yang fleksibel.”

Anda tidak terikat untuk melanggan pakej bulan yang melibatkan semua pasukan Premier League sahaja.

Malah, anda turut boleh melanggan untuk menonton aksi pasukan kegemaran anda sahaja dengan mendapatkan pas tunggal serendah RM7.90.

Premier League sooka

Tawaran ini dibuat oleh sooka dengan tujuan untuk membolehkan anda tidak terlepas sebarang gol dengan menontonnya di mana-mana sahaja.

“Tumpuan khidmat kami kali ini adalah khas untuk peminat bola sepak, dengan memberi kemudahan kepada penonton untuk strim secara langsung setiap perlawanan Premier League dengan mudah dari telefon pintar atau tablet masing-masing.”

“Sekarang, para penggemar sukan bolasepak tidak perlu terlepas satu lagi gol atau momen kemenangan kelab kegemaran mereka kerana dapat terus menonton di mana sahaja mereka berada.”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh tuju ke Facebook mereka di sooka Malaysia atau laman sesawang dengan klik sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN