Demba Ba, Penyerang Chelsea Punca Steven Gerrard & Liverpool Kempunan Umum Persaraan

Demba Ba, bekas penyerang Chelsea yang pernah membuatkan Steven Gerrard dan Liverpool kempunan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak.

Ketika beraksi bersama Chelsea, Demba Ba paling diingati kerana menjaringkan gol di Anfied, selepas insiden kapten terulung berstatus legenda di Anfield, Steven Gerrard tergelincir – yang mengakibatkan Liverpool kehilangan kejuaraan pada musim 2013/14.

Insiden dan gol jaringan Demba Ba itu terus menjadi antara ‘meme ikonik’ di dalam dunia bola sepak yang dikongsi di media sosial.

Sepanjang kariernya, Demba Ba turut pernah menyarung jersi Newcastle United, West Ham, Besiktas, Shanghai Shenhua and Istanbul Basaksehir sepanjang tempoh 16 tahun karier sebagai pemain.

Penyerang berusia 36 tahun itu turut memiliki 22 kaps bersama skuad kebangsaan Senegal, dan menjaringkan empat gol untuk negaranya di peringkat antarabangsa.

Pemain itu menyertai kelab Switzerland, Lugano pada Jun lalu namun memutuskan untuk bersara tiga bulan kemudian.

Melalui akaun Twitter, Demba Ba menulis: “Dengan penuh rasa kesyukuran, saya mengumumkan persaraan dan berakhir karier sebagai pemain bola sepak.

“Ia adalah perjalanan yang indah. Di sebalik setiap keringat dan tangisan yang dihadapi, bola sepak telah memberi saya banyak kenangan dan emosi yang indah. Dari kesungguhan penyokong dan gempita yang datang dari tempat duduk stadium dan kepada setiap gol yang dijaringkan, sehingga hubungan dengan rakan sepasukan di dalam dan di luar padang, semuanya ini aka kekal di dalam ingatan dan sanubari ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang pernah terlibat sama membangunkan [karier] saya, setiap kelab dan pengurus kerana memberikan saya peluang, penyokong yang tidak pernah berbelah bahagi memberikan sokongan, dan rakan-rakan untuk kasih sayang yang diberikan.

“Dari sudut hati yang terdalam, TERIMA KASIH. Segala pujian kepada TUHAN.”

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply