Dele Alli: ‘Terlalu Yakin Dan Pandang Rendah Man United Punca Kami Kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Dele Alli mendedahkan bahawa, sikap terlalu yakin dan angkuh telah menjadi sebab kenapa Tottenham tewas dalam aksi menentang Manchester United.

Jose Mourinho kembali semula ke Old Trafford buat pertama kali selepas dipecat musim lalu.

Ini juga merupakan pertemuan pertama Mourinho dengan jurulatih yang mengambil alih tempatnya iaitu Ole Gunnar Solskjaer.

Alli menegaskan pasukan Spurs terbuai-buai dengan prestasi cemerlang mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan juga agak terlalu yakin berhadapan dengan United yang hanya menang sekali dalam 4 perlawanan liga terakhir mereka.

Ia telah membuatkan mereka secara tak langsung telah memandang rendah keupayaan Manchester United.

Prestasi cemerlang Spurs di bawah Jose Mourinho calar apabila mereka tewas 2-1 di Old Trafford dalam perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan bagi mengejar 4 teratas.

2 gol oleh Marcus Rashford hanya mampu dibalas 1 gol oleh Dele Alli. Kekalahan ini membuatkan Spurs berada di tangga ke-8 dan Manchester United naik ke tangga keenam.

Alli dalam kenyataannya kepada wartawan berkata: “Mungkin kami sediki angkuh dalam diri serta ada perasaan terlalu yakin. Secara keseluruhannya kami bermain baik.”

“Kamu harus ada keyakinan dan rasa angkuh untuk perlawanan besar seperti ini. Namun kamu harus gunakannya dengan cara yang betul.”

Spurs akan berhadapan dengan Burnley pada hujung minggu ini. Sementara itu Manchester United ada satu lagi perlawanan menentang big six. Tetapi ianya lebih besar kerana derbi Manchester – berhadapan dengan Manchester City.