Dele Alli Digantung 1 Perlawanan Kerana Kelakuan Tidak Senonoh

Pemain tengah England Dele Alli dijatuhkan hukuman gantung 1 perlawanan selepas insiden jari tengah ketika menentang Slovakia pada 4 September 2017.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-77. England menang 2-1 di dalam perlawanan tersebut dan Dele Alli antara pemain yang cemerlang ketika itu.

FIFA tidak dapat mendakwa Alli sebagai menyerang pengadil dengan isyarat jari tengah tersebut, namun FIFA tetap menghukum Alli kerana berkelakukan tidak senonoh di dalam padang.

Jika Alli didapati menunjukan jari tengah tersebut kepada pengadil, hukuman lebih berat pastinya menimpa beliau. FIFA dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“Walaupun jawatankuasa disiplin kami tidak dapat membuktikan yang Alli menujukan isyarat itu kepada pegawai perlawanan yang bertugas.

“Dan beliau memberitahu ianya ditujukan kepada rakan sepasukan, ia tetap dikira satu isyarat yang ofensif dan tidak ada semangat kesukanan.”

“Alli melanggar artikel 57 di bawah kod disiplin FIFA.”

Perlawanan tersebut ditonton oleh ramai dan ia memberikan imej kurang sihat terutama sekali kepada audien bawah umur yang menyaksikan bola sepak.

Alli dituduh berkelakuan ofensif dan tidak ada semangat kesukanan di dalam padang. Selain daripada gantung 1 perlawanan, Alli turut didenda £3,852 oleh FIFA,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram