Dejan Lovren: Liverpool Mampu Lakukan Sesuatu Yang Hebat Pada Musim Hadapan

Lovren

Pertahanan tengah Liverpool, Dejan Lovren melihat pasukannya mampu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa pada musim hadapan dengan syarat The Reds tidak perlu membuat perubahan drastik terhadap barisan pemain kelab tersebut.

Walaupun sudah terlepas mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool ketika ini masih berpeluang menamatkan penantian bagi merangkul trofi pertama di bawah kendalian Jurgen Klopp apabila akan menentang Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 di Madrid.

Kemaraan tersebut adalah kali kedua berturut-turut buat Liverpool selepas berjaya ke perlawanan akhir musim lalu untuk berdepan Real Madrid tetapi dikecewakan gergasi Sepanyol itu dengan keputusan 1-3.

Bercakap kepada laman sesawang rasmi Liverpool, Lovren melihat kedatangan tonggak utama seperti Alisson Becker dan Naby Keita serta Xherdan Shaqiri sememangnya menambah kekuatan pasukan dan beliau mengharapkan skuad sedia ada ini perlu dipertahankan untuk musim hadapan.

”Bila anda melihat kembali tiga tahun kebelakangan ini, setiap musim telah menunjukkan peningkatan.”

”Apabila (Jurgen) Klopp tiba, setiap tahun kami menjadi baik dan bertambah baik. Musim lalu kami melakukan dengan cukup baik, kami menghadapi banyak masalah kecederaan dan melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.”

”Musim ini, dengan beberapa pemain baru, kami menduduki tangga kedua dengan 97 mata, ia luar biasa dan kami sekali lagi ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.”

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 03: Sergio Aguero of Manchester City is challenged by Dejan Lovren of Liverpool during the Premier League match between Manchester City and Liverpool FC at the Etihad Stadium on January 3, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Jadi, kami merupakan antara calon untuk melakukan sesuatu yang hebat pada musim hadapan.”

”Dengan pasukan ini, kami hanya boleh meningkatkan prestasi.”

”Kami masih muda, jadi kami perlu belajar pada setiap hari sesuatu yang baru dan ini adalah perkara yang penting – untuk mengekalkan pasukan ini bersama dalam satu tempat dan sudah tentu, jika terdapat peningkatan baru yang datang, membawa maksud pemain baru, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka.”

”Tetapi apabila anda melihat kualiti, ia sudah cukup tinggi.”

Kenyataan Lovren ini ada asasnya apabila Liverpool pada ketika ini dilihat sebagai antara pasukan yang begitu berbahaya dengan kualiti pemain dimiliki Jurgen Klopp terutamanya di bahagian serangan.

Musim ini Liverpool mencatatkan 30 kemenangan, tujuh keputusan seri dan hanya tewas sekali untuk mengumpul 97 mata dan menduduki tangga kedua liga.

Namun andai melihat kepada keadaan tersebut, pasukan-pasukan gergasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris pasti akan berhempas-pulas dalam meningkatkan kekuatan masing-masing bagi menghadapi musim baru nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN