Dejan Lovren: Kritikan Membuatkan Saya Lebih Kuat

Dejan Lovren

Pertahanan tengah Liverpool, Dejan Lovren mengakui kritikan yang sering dilemparkan kepadanya menjadi motivasi tambahan buat beliau dalam usaha untuk membantu The Reds muncul juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Di sebalik masa depannya di Liverpool masih lagi menjadi tanda tanya, Lovren tetap mahu fokus untuk menamatkan penantian panjang kelab tersebut bagi menjulang mahkota saingan liga paling popular di dunia itu.

Lovren yang dibawa masuk dari Southampton pada 27 Julai 2014 dengan nilai berjumlah  £20 juta itu telah membuat 184 penampilan dalam semua pertandingan bersama Liverpool.

Prestasinya sejak beberapa musim seringkali menjadi sasaran cemuhan para penyokong tetapi beliau jelas tidak menghiraukan semua itu dan bertekad untuk memainkan peranan penting buat pasukan meskipun sedar tempat di kesebelasan utama bukan miliknya.

”Saya sentiasa bersedia. Sekiranya seseorang [rakan sepasukan] mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar, saya bersedia untuk melangkah masuk dan membuktikan kualiti yang saya miliki.”

”Saya rasa saya telah membuktikannya pada musim lalu apabila Joe Gomez atau Joel Matip mengalami kecederaan dan saya dimasukkan serta beraksi.”

Embed from Getty Images

”Sasaran saya adalah untuk bermain dan memenangi seberapa banyak trofi yang boleh. Tetapi pada ketika ini, fokusnya adalah untuk memenangi dua lagi perlawanan dan muncul sebagai juara.”

”Selepas itu, kita akan melihat apakah yang seterusnya bakal berlaku [masa depan di Liverpool].” ujar Lovren menurut laporan dikeluarkan Goal.

Dalam pada itu, Lovren turut mengakui kritikan yang diterimanya merupakan perkara biasa buat pemain profesional.

”Pada tahap seperti ini, sesuatu yang normal untuk terdedah dengan kritikan. Sejujurnya, saya tidak terlalu terganggu dengan perkara itu, sekiranya merasakan kritikan itu, yang pertama adalah datang dari pengurus tetapi pengkritik terbesar saya ialah diri saya sendiri.”

”Saya dapat melihat apabila saya beraksi dengan baik atau tidak, ia semudah itu. Saya tidak memerlukan sesiapa untuk memberitahu saya. Saya tidak banyak membaca surat khabar atau mendengar apa yang diperkatakan oleh pundit.”

”Ini apa adanya. Inilah bola sepak dan kita perlu untuk berhadapan dengannya. Kritikan akan membuatkan saya menjadi lebih kuat. Ia sentiasa menjadi sebahagian daripada bola sepak,” tambah Dejan Lovren lagi.

Kredit featured image: Nick Taylor/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Dejan Lovren:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply