Dejan Kulusevski Mempunyai Ciri-Ciri Seperti Arjen Robben

Dejan Kulusevsksi

Potensi besar ditunjukkan Dejan Kulusevski telah menarik minat pengurus skuad kebangsaan Sweden, Janne Andersson yang beranggapan pemain tersebut mempunyai kemampuan mirip pemain sayap legenda hidup Belanda, Arjen Robben.

Meskipun baharu sahaja berusia 19 tahun, pemain tengah kelahiran Stockholm, Sweden itu telah berjaya menarik minat gergasi Itali, Juventus untuk mendapatkan khidmatnya pada musim jendela perpindahan Januari lalu dengan nilai perpindahan berjumlah €35 juta.

Melihatkan potensi besar dimiliki Kulusevski, Andersson tanpa berselindung melihat pemain tersebut mampu untuk pemain bintang pada tahun-tahun mendatang dan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Robben.

”Dejan sudah lama tidak bersama kami, tetapi dia telah menunjukkan dirinya mempunyai potensi yang cukup hebat. Mengingati kepantasannya, kawalan bola dan penyudah yang dimiliki, saya melihatnya mirip kepada Robben.”

TURIN, ITALY – JANUARY 19: Cristiano Ronaldo of Juventus competes for the ball with Dejan Kulusevski of Parma Calcio during the Serie A match between Juventus and Parma Calcio at Allianz Stadium on January 19, 2020 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

”Dia bekerja dengan sangat keras dan begitu pantas [ketika berlari]. Sekiranya dia meneruskannya, dia akan berada dalam skuad Sweden dalam satu tempoh yang lama untuk beberapa tahun mendatang,” ujar Andersson menurut laporan Goal.

”Seorang jurulatih akan sentiasa menghargai seseorang pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi dan ia sangat menarik untuk melihat evolusi taktikalnya. Seperti keadaan pada ketika ini, saya merasakan dia sangat sesuai beraksi sebagai pemain sayap.”

”Kulusevski sangat bersedia untuk bola sepak dan bekerja keras untuk itu. Dia masih muda tetapi saya berharap dia sudah bersedia untuk Juventus.”

”Seperti jurulatih skuad kebangsaan, anda sentiasa mahukan pemain anda berada dalam pasukan ternama dan saya merasakan dia akan berkembang dalam sistem yang diamalkan Juventus,” ujar Janne Andersson lagi.

Dejan Kulusevski sebelum ini merupakan pemain Atalanta yang dipinjamkan ke Parma dan apabila Juventus membawanya ke Turin pada Januari lalu, beliau kembali dipinjamkan ke kelab yang berada di tangga kesembilan Serie A itu. Bersama Parma, beliau telah menjaringkan lima gol daripada 22 penampilannya dalam saingan liga.

Kredit foto: Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juventus:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply