VIDEO: Debut Wayne Rooney Dalam Pertandingan Antarabangsa

Wayne Rooney

Penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan England, Wayne Rooney yang mengumpul 53 jaringan, seperti diketahui telah mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa pada 4 November 2018.

Aksi terakhirnya yang merupakan penampilan ke-120 menyarung jersi The Three Lions itu adalah pada 15 November di mana England berjaya menumpaskan Amerika Syarikat dengan keputusan 3-0 di Stadium Wembley.

Andai disingkap kembali penampilan sulungnya bersama England adalah ketika perlawanan persahabatan bertemu Australia pada Februari 2003. Ketika itu Rooney baharu sahaja berusia 17 tahun 111 hari.

Selepas itu, bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson terus memberikan kepecayaan terhadap Rooney yang kemudiannya membalas dengan jaringan sulungnya pada aksi kelayakan Euro 2004 pada aksi bertemu Macedonia.

Perlawanan di Skopje itu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 memihak England meskipun Georgi Hristov membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-28 sebelum Rooney dan David Beckham memadamkan kelebihan tersebut pada separuh masa kedua.

Antara tugasan terbesar digalas Rooney pada awal pembabitannya bersama skuad England sudah pastinya Kejuaraan Eropah (EURO) 2004 yang berlangsung di Portugal. Saingan yang dimenangi Greece itu adalah penampilan pertama buat Rooney di pentas kejohanan antarabangsa.

Meskipun masih terlalu muda dan beliau ketika itu beraksi untuk Everton, Eriksson tetap yakin dengan kemampuan dimiliki Rooney dan beliau dilihat berjaya membalas kepercayaan tersebut.

Rooney berjaya mempamerkan kualiti beliau pada aksi bertemu Perancis walaupun England tumpas 1-2 pada perlawanan tersebut menerusi dua jaringan lewat permainan dihasilkan Zinedine Zidane.

Dua perlawanan selepas itu menyaksikan England kembali bangkit dengan dua kemenangan ketika bertemu Switzerland dan Croatia. Rooney pada masa itu jelas mencuri tumpuan dunia apabila meledakkan empat gol, masing-masing dua gol pada setiap perlawanan.

Dengan usia begitu muda, Rooney langsung tidak berdepan masalah besar untuk menyerlahkan bakat serta kualiti penyudah yang menjadi senjata utama buatnya.

Kecemerlangan beliau bagaimanapun terhenti di suku akhir setelah beliau terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan England ditunjukkan jalan keluar selepas tewas pada penentuan sepaka penalti ketika bertemu Portugal.

Kekecewaan itu sedikit terubat kerana Wayne Rooney terpilih untuk membarisi ‘UEFA Team Of The Tournament’ untuk sebaris dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Zidane, Micheal Ballack, Henrik Larsson, Luis Figo, Ruud Van Nistelrooy dan ramai lagi.

Kredit featured image: liewig christian/Corbis via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Wayne Rooney:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN