Debut ‘Merecik’ Arif Aiman Antara 5 Perkara Minggu Ke-4 CIMB Liga Super 2020

Arif Aiman JDT Felda United Liga Super 2020

Minggu keempat CIMB Liga Super 2020 telah berlalu dengan hanya lima perlawanan telah berlangsung pada Sabtu dan Ahad dengan satu perlawanan ditunda iaitu PJ City FC menentang Terengganu FC akibat masalah penyediaan venue oleh tuan rumah.

Tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan Kedah dan Selangor di Stadium Darul Aman serta pertemuan antara Dollah Salleh yang membimbing Pahang dan kawan baiknya, Zainal Abidin Hassan yang mengendalikan Melaka United.

Berikut adalah lima perkara yang mungkin menarik sepanjang minggu ke-4 Liga Super berlangsung. Para pembaca juga boleh menyenaraikan perkara lain yang mencuri perhatian sepanjang minggu ke-4 tempohari di ruangan komen.

Kedah, UiTM FC rekod kemenangan pertama

Pada aksi minggu ketiga tempohari, kedua-dua pasukan bertembung dalam memburu mata pertama liga. Namun, perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Akhirnya, penantian selama tiga minggu itu berakhir pada minggu ke-4 Liga Super apabila masing-masing berjaya merekodkan tiga mata pertama mereka dengan Kedah menang 2-0 ke atas Selangor dan UiTM FC menang 3-1 ke atas PDRM FA.

Pertahanan Kedah, Renan Alves ketika Kedah bertemu UiTM FC dalam aksi minggu ketiga CIMB Liga Super 2020. FOTO: UiTM FC Media

1 Mata FELDA United di Iskandar Puteri

Dua perlawanan sudah berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang edua-duanya – menang 1-0 ke atas Kedah dan 2-1 ke atas UiTM FC, pasukan pertama Liga Super yang berhasil membolosi gol tuan rumah.

FELDA United akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya mencuri mata di sana selepas mengikat JDT dengan keputusan 1-1. Pengendali The Fighters, Nidzam Jamil jelas gembira dengan prestasi pemainnya dalam perlawanan tersebut.

Debut mantap Arif Aiman untuk JDT

Di saat pasukan memiliki barisan pemain yang hebat sehingga mampu membentuk dua skuad utama, secara tiba-tiba Benjamin Mora memperkenalkan pemain berusia 17 tahun, Arif Aiman untuk debutnya ketika terikat 1-1 menentang FELDA United.

Lima minit sahaja diperlukannya untuk terus memikat semua pemerhati bola sepak Malaysia dengan aksi bersahajanya mengucar-kacirkan benteng pelawat disamping membentuk kombinasi baik bersama Corbin Ong di bahagian sisi kiri JDT.

Shahrel Fikri on fire

Shahrel Fikri Perak Selangor Liga Super 2020
Shahrel Fikri meraikan jaringannya ketika terikat 1-1 menentang Selangor dalam minggu kedua CIMB Liga Super 2020. FOTO: Perak TBG

Dua gol diledaknya untuk mengikat Sabah di Stadium Likas dan keseluruhan tiga gol telah direkodkannya dalam empat aksi, menjadikannya sebagai penyerang tempatan paling berbisa setakat ini. Aksinya di pra-musim juga amat memberangsangkan.

Sekiranya Mehmed Durakovic terus memberikan ruang buatnya dalam skuad utama, tidak mustahil Shahrel Fikri mampu menghasilkan lebih banyak gol. Musim lalu, Safawi Rasid menjadi peledak tempatan berbisa dengan lapan gol keseluruhan.

Stadium ‘senyap sunyi’

Rasanya, ini merupakan pertama kali dalam sejarah bola sepak Malaysia, semua stadium ‘kosong’. Ia adalah disebabkan penularan wabak Convid-19 yang sedang ‘sakan’ menyerang di seluruh pelusuk dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Disebabkan terlewat, perlawanan minggu ke-4 tetap diteruskan tanpa kehadiran penyokong dan selepas ini, semua perlawanan akan ditunda sehingga ke satu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi. Mungkin sebulan? Mungkin dua bulan? Atau …

KREDIT FEATURED IMAGE:

Baca juga artikel kami yang lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN