Debut Kedua Di Old Trafford & No. Jersi Cristiano Ronaldo Yang Harus Anda Tahu

Perpindahan kembali Cristiano Ronaldo ke Manchester United yang disahkan pada tengah malam tadi adalah satu lagi contoh mengapa jendela perpindahan pemain di eropah sukar dijangka.

Sebelum ini perpindahan Lionel Messi ke Paris Saint-Germain mendominasi laporan media dan dianggap perpindahan terbesar pada musim panas ini. Tempoh 24 jam semalam kita disajikan lagi dengan satu lagi perpindahan berprofil tinggi yang penuh dengan plot.

Bintang Portugal itu telah kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun merantau ke Real Madrid dan juga Juventus – memenangi hampir semua kejuaraan yang ada di muka bumi ini sepanjang tempoh itu.

Tetapi penyokong bola sepak khususnya yang mengikuti perkembangan Manchester United – baik kawan dan lawan – pasti masih tertanya-tanya apakah nombor jersi yang dipakai oleh pemain itu? Bilakah beliau akan diturunkan beraksi? Perlawanan menentang pasukan manakah boleh kita saksikan aksi beliau buat kali pertama?

Berapakah Man United perlu bayar untuk dapatkan Ronaldo?

Menurut laporan, Manchester United perlu membayar €15 juta kepada Juventus untuk Ronaldo kembali ke Old Trafford. Ini tidak termasuk bayaran tambahan sebanyak €8 juta berdasarkan prestasi dan pencapaian.

Juventus dengan mudah dijangka akan memperolehi €20 juta dari keseluruhan perjanjian, kerana beberapa syarat bayaran tambahan adalah begitu mudah untuk dicapai oleh Ronaldo.

Ronaldo juga akan menerima gaji £480,000 seminggu menjadikan beliau pemain dengan pendapatan tertinggi di Premier League pada hari ini.

Bilakah Cristiano Ronaldo bakal melakukan penampilan pertama?

Manchester United akan beraksi di tempat lawan menentang Wolves dalam aksi Premier League pada lewat Ahad. Namun demikian Ronaldo dijangka tidak akan beraksi dalam perlawanan tersebut.

Sebelum meninggalkan Juventus, Ronaldo sebenarnya dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian lengan yang menjadi salah satu punca pemain itu dijadualkan untuk berehat pada perlawanan Serie A pada hujung minggu ini – sebelum perpindahan Ronaldo dijana ejen.

Malah pemain itu besar kemungkinan tidak akan menyertai skuad Portugal untuk mengharungi aksi perlawanan antarabangsa pada September hadapan.

Maka boleh disimpulkan Cristiano Ronaldo hanya akan melakukan debut keduanya bersama Manchester United pada 11 Spetember hadapan menentang Newcastle United, sekali lagi di Old Trafford.

No. Jersi bakal dipakai Ronaldo

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak kelab mengenai perkara ini. Kita semua tahu Cristiano Ronaldo amat sinonim dengan jersi No.7. Besar kemungkinan pemain itu akan turut meminta kembali jersi No.7 yang pernah dimasyurkan oleh pemain itu pada 2003 sehingga 2009.

Buat masa ini, jersi No.7 Manchester United dimiliki oleh Edinson Cavani. Pihak kelab sudah jelas penyerang Uruguay itu akan terus memainkan peranan beliau di Old Trafford untuk semusim lagi.

Jersi No.7 bukan satu-satunya pilihan yang ada buat Ronaldo. Ketika memulakan karier sebagai pemain profesional bersama Sporting CP, Ronaldo menyarung jersi No.28.

Ini bermakna beliau boleh mengikut jejak langkah Lionel Messi yang memilih jersi No.30 ketika menyertai PSG.

Buat masa ini nombor jersi lain yang tidak mempunyai pemilik di Manchester United ialah 12, 15, 24, 30, 31, 33, dan 35.

Tetapi penyokong Manchester United pasti mahu melihat pemain itu kembali menayrung jersi No.7.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN